Awal Ashaari Terguris Ada Pihak Pertikai Nama Anaknya

Awal Ashaari Terguris Ada Pihak Pertikai Nama Anaknya

 

Menamakan anak mereka ‘Lara, Awal Ashaari dan Scha Al Yahya menerima kritikan daripada peminat yang menganggap nama tersebut membawa maksud kedukaan atau kesedihan seperti dalam penggunaan ‘duka lara’. Namun seperti yang telah dijangka oleh sesetengah pihak, pemilihan nama ‘Lara’ adalah bukan berdasarkan bahasa Melayu sebaliknya bahasa lain. Kata Awal:-

Awal Ashaari Terguris Ada Pihak Pertikai Nama Anaknya

Awal Ashaari Terguris Ada Pihak Pertikai Nama Anaknya

Itu adalah pilihan kami dan sudah tentu kami telah buat kajian sebelum memberikan nama tersebut dan ia membawa maksud yang baik dalam bahasa lain

Lara di dalam bahasa Sepanyol membawa maksud ‘protection’. Orang Melayu terutamanya memang agak obses dengan menamakan anak dengan nama Arab/Melayu, namun sebenarnya nama dari mana-mana negara/bahasa boleh digunakan asalkan ia membawa maksud yang baik. Kami percaya ada nama lain selain ‘Lara’ untuk anak Awal dan Scha ini. Sama-samalah kita nantikan pendedahan yang akan dilakukan oleh pasangan suami ini di laman sosial mereka, bukannya secara ekslusif di Astro atau mana-mana media lain bak kata Awal:-

Selain media cetak dan elektronik kami juga tidak memberi hak eksklusif itu kepada mana-mana stesen TV dan akan menggunakan media sosial kami untuk memperkenalkan wajah dan nama penuh Lara kepada peminat. Setakat ini kami tidak ada membuat sebarang perjanjian dengan mana-mana pihak dan lebih selesa dengan cara itu lebih adil kepada semua pihak.

Sumber : Beautifulnara

Loading...

Leave a Reply