Premis Perniagaan Kibar Jalur Gemilang Koyak, Tidak Berganti

Premis Perniagaan Kibar Jalur Gemilang Koyak, Tidak Berganti

 

Seorang peniaga di pasar lama Kedai Buluh di sini, Maimun Sulaiman, 46, kesal tindakan beberapa pemilik premis perniagaan tumpuan ramai di situ yang membiarkan Jalur Gemilang koyak tidak berganti.

Malah ada juga premis yang masih lagi belum mengibarkan Jalur Gemilang.

Premis Perniagaan Kibar Jalur Gemilang Koyak, Tidak Berganti

Premis Perniagaan Kibar Jalur Gemilang Koyak, Tidak Berganti

“Satu bendera pun sudah cukup, tetapi macam tidak ada di sini. Saya harap dalam beberapa hari lagi keadaan berubah. Tak kisahlah kalau terpaksa berbelanja untuk bendera kerana yang penting negara kita sudah merdeka,” katanya.

Kempen kibar Jalur Gemilang yang dilancarkan masih belum mendapat sambutan memuaskan di daerah ini.

Tinjauan Sinar Harian di sekitar Parlimen Marang mendapati hanya bangunan kerajaan dan institusi pendidikan yang mengibarkan Jalur Gemilang.

Beberapa orang awam yang ditemui ternyata gembira dengan suasana ceria bangunan kerajaan pusat dan negeri serta pejabat kerajaan di daerah ini kelihatan berwarna-warni dengan hiasan bendera.

Mohamad Zamri Nawang, 35, berkata, kibaran Jalur Gemilang perlu dilakukan setiap tahun khususnya sepanjang sambutan bulan kemerdekaan setiap Ogos untuk mengingatkan orang ramai mengenai nilai kemerdekaan.

“Inilah semangat yang perlu ditunjukkan oleh semua pihak. Kibaran bendera yang banyak ini mengembalikan nostalgia bagaimana negara kita mencapai kemerdekaan. Malah, bulan kemerdekaan perlu diraikan seperti bulan perayaan lain,” katanya.

Sumber : Sinar

Loading...

Leave a Reply