Pas penentu nasib Khalid, PR

Pas penentu nasib Khalid, PR

Pas kini berada dalam kedudukan sangat penting untuk menentukan kedudukan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Pakar Geo Strategi Universiti Teknologi Malaysia, Dr Azmi Hassan berkata, pada masa ini, semua pihak sedang menantikan jawapan daripada Pas.

Pas penentu nasib Khalid, PR

Pas penentu nasib Khalid, PR



“Rakyat Selangor melihat Pas seperti dipergunakan dalam PR. Tetapi, Pas perlu membuat ketetapan yang benar-benar telus supaya tidak mengorbankan prinsip perjuangan mereka selama ini,” katanya, semalam.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan sokongan Pas kepada Abdul Khalid akan diubah jika PKR memberikan nama selain Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar baharu.

“Pas menyokong kerana tidak bersetuju dengan calon PKR, (Wan Azizah) yang mahu menggantikan tempat Abdul Khalid. Jadi ironinya, prinsip Pas jelas,” katanya.

Menurutnya, sehingga kini, Pas sudah menyatakan pendirian akan menerima Abdul Khalid sebagai menteri besar dan walaupun PKR sudah memecatnya, Pas dilihat masih memberi sokongan.

Beliau berkata, pengganti Abdul Khalid mestilah dalam  kalangan yang tidak mempunyai liabiliti, agenda atau apa sahaja kepentingan peribadi.

“Tidak dapat dipastikan, sama ada PKR akan menukar calon untuk mendapat sokongan Pas, atau terus memujuk Pas menyatakan sokongan terhadap mereka.

“Senario inilah yang memerlukan Pas berfikir semula mengenai prinsip perjuangan politik mereka. Jika mereka kekal menyokong Abdul Khalid, mereka boleh isytihar untuk keluar PR,” katanya.

Sementara itu, Azmi berkata, Abdul Khalid perlu meletak jawatan sebagai Menteri Besar Selangor jika keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat tidak memihak kepadanya.

“Secara moralnya, Abdul Khalid perlu meletak jawatan jika tidak mendapat sokongan majoriti,” katanya.Selain itu, Azmi berkata, menarik diri daripada PR bukan isu besar buat Pas, jika dibandingkan dengan hanya mengikut percaturan parti lain dalam membuat keputusan dalam PR.

“Pas boleh mengambil Abdul Khalid sebagai ahli dan mengekalkan beliau sebagai menteri besar sehingga 2018.

“Walaupun pada dasarnya, Pas ada mengatakan tidak akan mengambil kerusi menteri besar, ia hanya perjanjian tanpa bersyarat, kerana Pas tidak akan rugi apa-apa,” katanya.

Jelasnya, jika Pas keluar daripada PR, mereka akan mendapat sokongan padu daripada pengundi Melayu.

“Sokongan Melayu akan bertambah buat Pas dan ini akan menguatkan mereka, walaupun berkemungkinan akan hilang sokongan pengundi bukan Melayu, namun ia menunjukkan Pas sudah bersedia berdiri atas kaki sendiri,” katanya.

Dalam pada itu, Azmi berkata, jika sokongan majoriti kepada Abdul Khalid hilang, PKR boleh menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi membentangkan majoriti berpihak kepada mereka.

“Perkara itu boleh berlaku jika PKR berjaya membuktikan majoriti menyokong mereka.

“(Dalam) sistem demokrasi diamalkan, Sultan akan memberi perkenan pada mana-mana pihak dengan sokongan majoriti khasnya jawatan menteri besar,” katanya.

Beliau berkata, kuasa Sultan tetap bergantung kepada kehendak majoriti.

“Di sinilah, kekuatan sama ada PKR atau Abdul Khalid membuktikan mereka mempunyai sokongan majoriti.

“PKR belum lagi menyatakan suara mereka sebagaimana Abdul Khalid lakukan semalam (kelmarin) apabila memberitahu masih mendapat kepercayaan majoriti exco. Jika PKR mempunyai bukti kukuh (Abdul Khalid tidak mempunyai sokongan majoriti), tidak mustahil beliau hilang jawatannya,” katanya.

Sumber : Sinar

 

Loading...

Leave a Reply