Wan Azizah bakal Menteri Besar Selangor yang baru

Wan Azizah bakal Menteri Besar Selangor yang baru

Wan Azizah calon tunggal MB Selangor

Petaling Jaya: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bakal digugurkan daripada jawatannya apabila Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR mengumumkan Adun Kajang, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal.

Pengumuman ini dilakukan oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas mesyuarat di ibu pejabat malam tadi.

“Selepas mendapat konsensus daripada pemimpin semua peringkat di Selangor, kita putuskan hanya satu nama akan dicadangkan kepada Majlis Presiden Pakatan Rakyat.

“Nama itu ialah presiden parti iaitu Wan Azizah,” katanya.
Bagaimanapun Anwar tidak memberikan sebab kenapa hanya nama Wan Azizah dicalonkan untuk menggantikan Abdul Khalid.

 

Sumber: Harian Metro

Loading...

Leave a Reply