Ziana Zain Kini Berhijab Sepenuhnya

Ziana Zain Kini Berhijab Sepenuhnya

 

Alhamdulillah. Sesungguhnya bulan Ramadhan adalah bulan penuh berkat dan hidayah. Seorang lagi selebriti tempatan iaitu penyanyi popular, Ziana Zain telah pun mengambil keputusan untuk berhijab sepenuhnya di bulan mulia ini. Sebelum ini Ziana hanya memakai tudung sebagai tanda menghormati bulan Ramadhan. Nampaknya hidayah itu tiba jua. Pasti berkat doa peminat-peminat Ziana Zain.

Ziana Zain Kini Berhijab Sepenuhnya

Ziana Zain Kini Berhijab Sepenuhnya

Ziana Zain Kini Berhijab Sepenuhnya

Ziana Zain Kini Berhijab Sepenuhnya

Tampil untuk rakaman MeleTOP Raya dengan imej bertudung, Ziana Zain mengakui penampilan itu adalah penampilan terbaru dan terkini buat dirinya. Kata Ziana menerusi portal Murai:-

Ini adalah hadiah yang Allah SWT berikan kepada saya, sebuah ganjaran yang dijanjikan setelah tidak putus-putus doa daripada peminat, kawan-kawan dan yang paling termakbul adalah doa kedua ibu bapa saya.

Allah SWT telah berikan apa yang mereka semua pohon, sementara itu juga dibukakan pintu hati saya menerima syariat agama ini. Setelah beberapa tahun saya memasang niat, akhirnya hari yang dinanti sudah tiba. Perasaan yang datang itu bukan rasa yang biasa tetapi kuasa yang luar biasa.

Tiada pengumuman yang nak dibuat kerana yang penting apa yang dituntut(berhijab) saya telah cuba penuhi bermula dari Ramadan ini dan harapan saya biarlah ia kekal ke akhir hayat. Tiada apa yang lebih bermakna dari apa yang Allah SWT kurniakan kepada saya sekarang, Alhamdulillah.

Sumber : Beautifulnara

Loading...

Leave a Reply