Dyana Sofya Dilantik Setiausaha Politik Ketua Parlimen DAP

Dyana Sofya Dilantik Setiausaha Politik Ketua Parlimen DAP

Dyana Sofya Mohd Daud mengakui tugasnya kini lebih mencabar selepas dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada Ketua Parlimen DAP.

Dyana Sofya Dilantik Setiausaha Politik Ketua Parlimen DAP

Dyana Sofya Dilantik Setiausaha Politik Ketua Parlimen DAP

Dyana Sofya, 27, akan melaporkan diri kepada Lim Kit Siang yang juga majikannya sebelum ini.

‪Beliau sebelum ini bertugas dengan Kit Siang sebagai Setiausaha Politik pemimpin pembangkang itu sebagai Ahli Parlimen Gelang Patah dan meletakkan jawatan itu untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan pada Mei lalu.

‪Dyana berkata, jawatan baharu itu akan memberi tumpuan kepada hal berkaitan kawasan Parlimen yang membabitkan parti.

Tambahnya, perlantikan tersebut dimaklumkan oleh Kit Siang sendiri bersama Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng kira-kira dua minggu lalu.

‪”Tugas saya sekarang lebih mencabar kerana ia melibatkan kesemua Parlimen di seluruh negara berbanding dahulu hanya menumpukan kawasan Parlimen Gelang Patah sahaja.

‪”Matlamat saya menerusi portfolio baharu ini sudah tentu untuk mendapatkan lebih banyak pendedahan, bertemu rakyat dan mengembangkan dan berkongsi lebih banyak idea bersama masyarakat,” katanya kepada mStar Online dalam satu temuramah di sini, baru-baru ini.

‪Dyana berkata, beliau akan terus memberi khidmat kepada masyarakat meskipun tidak memegang jawatan sebagai wakil rakyat.

‪Beliau berkata, kekalahan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan pada Mei lalu bukan bererti beliau perlu berputus asa dan menghentikan hasratnya untuk berkhidmat kepada masyarakat.

‪”Saya akan terus berkhidmat untuk rakyat dan bagi saya, ia masih boleh dilakukan tanpa perlu mempunyai jawatan (sebagai wakil rakyat). Ini adalah minat dan semangat saya maka saya akan teruskannya,” katanya.

‪Pada PRK Teluk Intan 31 Mei lalu, Dyana Sofya tewas di tangan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mah Siew Keong dengan majoriti 238 undi.

‪Dyana ketika ini terlibat dengan program jelajah ke seluruh negara yang dinamakan sebagai ‘Eye to Eye with Dyana Sofya’ (Bertentang Mata Dengan Dyana Sofya).

‪Beliau berkata, program yang dianjurkan oleh parti secara santai itu bertujuan untuk berkongsi idea dan pandangan bersama masyarakat terutama golongan muda.

‪”Kita mahu lebih ramai golongan muda terlibat dengan politik. Kita hendak mendengar idea, prinsip mereka dan apakah yang mereka ingin lakukan.

‪”Kita buka kepada semua terutama golongan muda yang sebelum ini tidak berminat dengan politik tetapi kini sudah mula menunjukkan rasa ingin tahu terhadap politik,” katanya.

‪Dalam perkembangan lain, Dyana turut terlibat dengan inisiatif Impian Malaysia, sebuah program kesukarelawan yang dianjurkan parti bagi membina kemudahan dan pembangunan untuk rakyat.

‪”Sebelum ini DAP melaksanakan inisiatif Impian Sabah yang dipimpin oleh Tony Pua (Setiausaha Publisiti DAP) dan Impian Sarawak oleh Yeo Bee Yin (Ahli Jawatankuasa DAP Selangor) dan kita akan kembangkannya ke seluruh negara menerusi Impian Malaysia yang akan diumumkan tidak lama lagi,” katanya.‬

Sumber : Mstar

Loading...

Leave a Reply