Krisis Dalaman Punca Skuad Hoki Negara Menduduki Tangga Tercorot Di Piala Dunia Belanda?

Krisis Dalaman Punca Skuad Hoki Negara Menduduki Tangga Tercorot Di Piala Dunia Belanda?

 

Keputusan mengecewakan diraih skuad hoki negara pada kempen Piala Dunia di The Hague, Belanda baru-baru ini kemungkinan besar berpunca daripada pelbagai gangguan yang wujud, baik di dalam Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) atau dalam kalangan pemain.

Krisis Dalaman Punca Skuad Hoki Negara Menduduki Tangga Tercorot Di Piala Dunia Belanda?

Krisis Dalaman Punca Skuad Hoki Negara Menduduki Tangga Tercorot Di Piala Dunia Belanda?

Demikian dakwaan bekas kapten skuad hoki negara Mohamad Abdul Hadi yang menganggap banyak punca boleh dikaitkan dengan kegagalan itu, namun beliau berkata, segala punca kegagalan itu sudah dapat dilihat sebelum berlangsungnya saingan Piala Dunia lagi.

“Kalau anda perhatikan, banyak gangguan menjelang persiapan kita ke Piala Dunia. Antaranya cerita (Paul) Revington letak jawatan sebanyak dua kali.

“Malah berlaku suasana tidak harmoni dalam pasukan antara pemain remaja dan senior. Itu belum lagi cerita pengurusan dalaman MHC yang sememangnya banyak bermain politik dan ada konspirasi tertentu.

“Semua itu walau pada tanggapan sesetengah pihak perkara kecil, tapi kesannya cukup besar ketika pasukan melakukan persiapan ke Piala Dunia,” katanya.

Mohamad berkata, beliau bukan sekadar bercakap kosong, sebaliknya mengetahui serta memerhatikan segala kisah itu sebelum skuad negara berangkat ke Piala Dunia lagi.

Ditanya adakah beliau puas hati dengan pencapaian skuad negara yang menamatkan saingan di tempat tercorot dalam kalangan 12 pasukan yang bertanding kali ini, Mohammad jelas tidak dapat menerimanya. “Benar, rata-rata pemain tidak mempunyai pengalaman di Piala Dunia dan skuad ini juga dibarisi ramai pemain muda.

“Tapi kalau menilai persembahan setiap pemain, saya boleh katakan hanya dua tiga orang pemain bermain pada tahap sebenar,” katanya.

 

Justeru itu, Mohamad berharap situasi sama tidak diulangi menjelang persiapan skuad negara ke Sukan Komanwel serta Sukan Asia.

“Saya harap jurulatih (Muhammad Dhaarma Raj Abdullah) juga dapat mengambil kira pandangan semua pihak dalam usaha kita untuk sama-sama meningkatkan prestasi skuad negara,” katanya.

Sumber : Metro

 

 

Loading...

Leave a Reply