Kisah Sebenar: Budak 14 Tahun Maut, Paha Hampir Putus Dilibas Dengan Senjata Tajam

Kisah Sebenar: Budak 14 Tahun Maut, Paha Hampir Putus Dilibas Dengan Senjata Tajam

 

“Apa salah anak saya hingga dia diperlakukan sebegini, dia masih mentah dan tidak tahu apa-apa,” itulah rintihan Mazlan Lahuri, 46, bapa kepada Ibnu Asyraf Mazlan, 14, yang mati selepas paha kanannya hampir putus akibat dilibas dengan senjata tajam.

Ketika kejadian, mangsa yang masih belajar di tingkatan dua sebuah sekolah dikatakan keluar ke kedai gunting rambut berhampiran rumah di Taman Cempaka Sari, kira-kira jam 9 malam.

Kisah Sebenar: Budak 14 Tahun Maut, Paha Hampir Putus Dilibas Dengan Senjata Tajam

Kisah Sebenar: Budak 14 Tahun Maut, Paha Hampir Putus Dilibas Dengan Senjata Tajam

Bagaimanapun, selepas beberapa jam tidak pulang ke rumah, bapa mangsa menerima berita mengejutkan daripada penduduk kampung memaklumkan anaknya terbabit dalam kemalangan berhampiran sebuah kilang sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

Mazlan berkata, sebaik tiba di tempat kejadian, dia dan beberapa ahli keluarga lain berasa pelik kerana motosikal dinaiki arwah berada dalam keadaan baik.

“Motosikal berada dalam keadaan elok, tetapi anak saya terlantar berlumuran darah dengan bahagian paha kanan yang kelihatan hampir terputus menyebabkan kami membawanya ke wad kecemasan Hospital Sungai Buloh bagi mendapatkan rawatan, namun arwah disahkan meninggal dunia pada jam 11.55 malam,” katanya. ketika ditemui sejurus pengkebumian pelajar itu, malam semalam.

Suasana hiba menyelubungi pengkebumian apabila ahli keluarga arwah mangsa tidak dapat menahan kesedihan mengenangkan nasib arwah yang masih muda dan diperlakukan sedemikian.

Sumber : Metro

Terbakor : Disebabkan ada komen komen lancang yang menuduh arwah adalah kaki rempit dan membuat bising pada waktu kejadian, kami pastekan di sini beberapa komen dari kenalan rapat keluarga arwah yang menafikan tuduhan terbabit. Al Fatihah kepada mangsa.

Kisah Sebenar: Budak 14 Tahun Maut, Paha Hampir Putus Dilibas Dengan Senjata Tajam

Kisah Sebenar: Budak 14 Tahun Maut, Paha Hampir Putus Dilibas Dengan Senjata Tajam

 

Loading...

Leave a Reply