Hampir Dikebumi Cara Bukan Islam: Keluarga Mualaf Fail Kes Di Mahkamah

Hampir Dikebumi Cara Bukan Islam: Keluarga Mualaf Fail Kes Di Mahkamah

 

 

Keluarga wanita mualaf, Teoh Cheng Cheng, akan menfailkan tindakan undang-undang terhadap Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) yang menuntut mayat anaknya itu.

Hampir Dikebumi Cara Bukan Islam: Keluarga Mualaf Fail Kes Di Mahkamah

Hampir Dikebumi Cara Bukan Islam: Keluarga Mualaf Fail Kes Di Mahkamah



Cheng Cheng didapati memeluk Islam tanpa pengetahuan keluarga ketika berusia 18 tahun setelah bercinta dengan seorang lelaki Melayu menggunakan nama Nora Teoh Abdullah.

Ibu mualaf itu, Tan Ma Suan bersama dua abangnya dan Adun Pengkalan Kota, Lau Keng Ee berjumpa dengan Exco kerajaan negeri yang juga seorang peguam, Jagdeep Singh Deo di pejabatnya di Komtar hari ini untuk mendapat nasihat.

Bagaimanapun, Jagdeep merujuk mereka kepada peguam lain kerana tidak lagi mempraktikkan amalan guaman untuk sementara waktu.

Sementara itu, Keng Ee tidak menyatakan sama ada keluarga si mati mendapatkan nasihat guaman untuk menuntut mayat Cheng Cheng atau hak penjagaan anak-anak si mati.

Difahamkan keluarga si mati kecewa kerana mayat Cheng Cheng dituntut JHEAIPP dengan kehadiran polis kerana sudah memeluk Islam di bawah pangsapuri kediaman keluarga si mati di Taman Pelangi, Lebuh Maccalum, semalam.

Sementara itu, difahamkan JHEAIPP akan memfailkan tuntutan di mahkamah syariah bagi mendapatkan hak mengebumikan mayat Cheng Cheng.  

Sehingga keputusan mahkamah diperolehi, mayat wanita mualaf itu disimpan di Unit Forensik Hospital Pulau Pinang.

Wanita itu meninggal Sabtu lalu dan keluarganya mahu mengebumikan mayatnya mengikut ajaran mereka semalam.

Bagaimanapun, keluarganya terkejut apabila dimaklumkan Cheng Cheng adalah seorang Islam.

Sepupu mangsa, Teoh Choo Chew berkata, mayat Cheng Cheng sepatutnya dihantar ke tapak pengebumian pada jam 4 petang semalam namun terbantut apabila seorang pegawai polis tampil memaklumkan bahawa wanita itu beragama Islam.

Sumber : Sinar

 

Loading...

Leave a Reply