JKKK Padang Midin: Tiada Istilah Kubur UMNO, Kubur PAS

JKKK Padang Midin: Tiada Istilah Kubur UMNO, Kubur PAS

 

Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Padang Midin akan mengemukakan cadangan kepada kerajaan negeri untuk menyelesaikan masalah tanah kubur sempit dan tidak mencukupi di kampung itu.

Pengerusi JKKK, Razali Sahul Hamid berkata, pihaknya telah berbincang bersama penduduk dan memutuskan untuk memohon tanah seluas 0.8 hektar yang berada kira-kira 500 meter dari Masjid Padang Midin melalui pentadbir tanah kuala Terengganu.

JKKK Padang Midin: Tiada Istilah Kubur UMNO, Kubur PAS

JKKK Padang Midin: Tiada Istilah Kubur UMNO, Kubur PAS



“Kami akan mohon tanah ini untuk dijadikan tanah perkuburan Islam baru di kampung ini memandangkan kubur sedia ada tidak dapat menampung jumlah penduduk yang semakin bertambah.

“Dengan adanya tanah kubur baru ini nanti, dengan keluasan yang ada, insya-ALLAH ia dapat digunakan dalam tempoh yang panjang sehingga lebih 100 tahun,” jelasnya.

Razali berkata, semua ini dilakukan demi kepentingan bersama dan tidak ada istilah kubur Umno atau Pas.

“Ini bukan perkara main-main, kita minta bukan sebab nak asingkan kubur Umno atau Pas, tetapi kubur bersama tanpa mengira fahaman politik. Saya juga harap isu ini tidak lagi diputarbelitkan oleh pihak tertentu supaya kerajaan dapat menjalankan tugas mereka dengan lancar dalam urusan tanah yang akan dimohon.

“Kalau ada tanah kubur baru nanti, seluruh penduduk kampung dan keturunan mereka juga yang akan dapat manfaat,” katanya.

Beliau menegaskan, itu sahaja langkah terbaik supaya perkara sama tidak berulang.

Sebelum ini, Razali mengeluarkan kenyataan masalah tanah kubur sempit menyebabkan jenazah seorang tidak dibenarkan dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Padang Midin dan bukan disebabkan perbezaan fahaman politik.

Sumber : Sinar

 

Loading...

Leave a Reply