Konflik Keluarga: Kedai Nasi Kandar Line Clear Bakal DItutup Jika Masalah Tak Selesai

Konflik Keluarga: Kedai Nasi Kandar Line Clear Bakal DItutup Jika Masalah Tak Selesai

 

Restoran Nasi Kandar Line Clear bakal berdepan tindakan pengosongan jika pengurusannya gagal menyelesaikan pertikaian hak pemilikan antara empat rakan kongsinya dalam tempoh dua minggu.
Konflik Keluarga: Kedai Nasi Kandar Line Clear Bakal DItutup Jika Masalah Tak Selesai

Konflik Keluarga: Kedai Nasi Kandar Line Clear Bakal DItutup Jika Masalah Tak Selesai

 
Pengarah Bahagian Pelesenan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) Azman Sirun berkata, pihaknya menerima aduan bahawa seorang daripada empat pemilik restoran, Abdul Hamid Seeni Pakir, enggan mematuhi sistem giliran yang ditetapkan iaitu setahun operasi bagi setiap orang sejak penubuhannya pada 1950-an.
 
Beliau berkata, siasatan mendapati Abdul Hamid tidak memiliki lesen dan mengikut rekod, MPPP hanya mengeluarkan tiga lesen atas nama Sahubarali China Mohd Hanibah, Abdul Latif Thulkarunai dan Pathumah Iskandar untuk menjalankan perniagaan di tapak itu.
 
“Satu perjumpaan telah diatur antara Bahagian Pelesenan dan peniaga-peniaga berkenaan pada 28 Jun 2013. Namun, tiada persefahaman dicapai dalam menentukan giliran menjalankan aktiviti penjajaan di kawasan itu.
 
“Kami juga pernah mengeluarkan surat bertarikh 23 Disember 2013 untuk menasihati semua pemilik mencari penyelesaian dan mengemukakan dokumen perjanjian yang telah dipersetujui bersama sebelum ini,” katanya kepada pemberita selepas bermesyuarat dengan tiga daripada wakil peniaga berkenaan di sini, hari ini.
 
Azman berkata jika keempat-empat pemilik restoran itu tidak mencapai kesepakatan dalam tempoh 14 hari, pihaknya akan mengeluarkan notis pengosongan bagi menyusun semula aktiviti penjajaan selaras dengan undang-undang kecil yang dikuatkuasa MPPP.
 
Masalah turut timbul apabila ada di antara tiga daripada pemilik membuka gerai lain di lorong belakang berdekatan restoran yang terletak di Jalan Penang menyebabkan aktiviti perniagaan di kawasan itu menjadi tidak teratur dengan tahap kebersihan kurang memuaskan, katanya.
 
Perniagaan itu diwarisi turun temurun dan Abdul Hamid dikatakan mendominasi perniagaan itu sepenuhnya dari 2008 sehingga kini.
 
Pemegang lesen, Sahubarali, 50, berkata, perbincangan berhubung giliran perniagaan di restoran berkenaan cuba diadakan tetapi menemui jalan buntu apabila pengendali operasi sekarang tidak mahu mengembalikan giliran kepada pihak sepatutnya.
 
“Perbincangan pernah diadakan tetapi tidak dipersetujui pengendali operasi sekarang ini dan tujuan kami untuk sekali lagi mengadu kepada MPPP supaya sistem giliran dapat dikembalikan,” katanya.
 
Seorang lagi pemegang lesen restoran itu, Abdul Latiff, 53, berkata, beliau mahu perniagaan itu beroperasi seperti dahulu.
 
Beliau juga menyatakan rasa sedih dengan konflik itu kerana mereka yang terlibat adalah sepupunya sendiri dan kini mereka telah berpecah-belah.
 
“Memang kami ada perniagaan lain, tetapi restoran ini ada kenangannya tersendiri dan tradisi ini perlu diteruskan,” katanya. – Bernama
 
Sumber : Sinar

Leave a Reply