Jamil Khir pula kata tiada DNA babi dalam 2 coklat cadbury, sijil halal bakal diberikan semula

Jamil Khir pula kata tiada DNA babi dalam 2 coklat cadbury, sijil halal bakal diberikan semula

 

Tiada DNA babi dikesan dalam dua produk Cadbury - Jamil Khir
JAMIL KHIR: JAKIM akan melawat semula kilang Cadbury
KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengesahkan tiada DNA babi dikesan dalam dua produk coklat Cadbury.Keputusan tersebut dikeluarkan oleh Jabatan Kimia yang mengesahkan produk Cadbury Roasted Almond dan Cadbury Hazelnut bebas daripada DNA babi.

“Status penggantungan sijil halal Cadbury akan dibincang dan jika tiada halangan ia akan diberi semula.

“Namun sebelum sijil halal itu diberi semula, JAKIM akan melawat semula kilang Cadbury,” kata Jamil dalam satu sidang media pada Isnin.

Selain daripada dua produk tersebut, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) turut mengambil empat produk lain dalam aliran pemprosesan yang sama dan lima jenis bahan mentah yang berpotensi mengandungi unsur haiwan.

Baru-baru ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan terdapat DNA babi (porcine) dalam dua produk coklat susu Cadbury Dairy Milk.

Hasil siasatan oleh KKM mendapati tiga sampel coklat Cadbury telah diambil untuk analisis DNA babi bagi tujuan pemantauan.

Keputusan analisis mendapati dua sampel telah dikesan mengandungi DNA tersebut iaitu Cadbury Dairy Milk Hazelnut dan Cadbury Dairy Milk Roast Almond.

Isu ini mula tersebar luas pada 23 Mei yang seterusnya membawa kepada pihak JAKIM mengadakan mesyuarat khas bersama Kementerian Kesihatan, Jabatan Standard dan Jabatan Kimia pada 24 Mei.

Sumber: Astro Awani
Loading...

Leave a Reply