Lelaki 21 Tahun Tinggal Nota Sebelum Terjun Dari Tingkat 17

Lelaki 21 Tahun Tinggal Nota Sebelum Terjun Dari Tingkat 17

 

 

Seorang lelaki berusia 21 tahun maut selepas terjun dari tingkat 17 sebuah hotel di Jalan Ampang, di sini, awal pagi ini.

Mangsa, Leong Mann Seng yang berasal dari Johor Bahru ditemui di kawasan tempat letak kereta di hadapan lobi hotel terbabit. 

Lelaki 21 Tahun Tinggal Nota Sebelum Terjun Dari Tingkat 17

Lelaki 21 Tahun Tinggal Nota Sebelum Terjun Dari Tingkat 17

Menurut sumber, lelaki terbabit datang ke hotel itu pada 1.55 pagi dan menggunakan lif mengangkut barang ke tingkat tiga. 

“Hasil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mangsa kemudian dilihat berada di tingkat 17 pada sekitar 2 pagi.

“Bagaimanapun, tidak lama kemudian dia dilihat memanjat dinding koridor di tingkat 17 sebelum terjun dan maut di tempat kejadian,” katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat dan mangsa turut meninggalkan nota bunuh diri di dalam telefon bimbitnya.

Sumber : Metro

 

 

Loading...

Leave a Reply