Orang Melayu Tak Bangga Cakap Melayu: Hanya 10 Peratus Rakyat Malaysia Amal ‘Bahasa Jiwa Bangsa’

Orang Melayu Tak Bangga Cakap Melayu: Hanya 10 Peratus Rakyat Malaysia Amal ‘Bahasa Jiwa Bangsa’

 

Hampir 10 hingga 20 peratus rakyat Malaysia mengamalkan bahasa kebangsaan dengan baik dalam urusan seharian mereka termasuk dalam pertuturan dan berkomunikasi.

Sasterawan Negara, Prof Emeritus Dr Muhammad Salleh mendakwa jumlah itu jauh lebih kecil berbanding usaha kerajaan sebelum ini yang cuba mempromosikan bahasa kebangsaan itu melalui slogan ‘Bahasa Jiwa Bangsa’.

Orang Melayu Tak Bangga Cakap Melayu: Hanya 10 Peratus Rakyat Malaysia Amal 'Bahasa Jiwa Bangsa'

Orang Melayu Tak Bangga Cakap Melayu: Hanya 10 Peratus Rakyat Malaysia Amal ‘Bahasa Jiwa Bangsa’



“Saya sendiri merasakan apa yang dikatakan Bahasa Jiwa Bangsa itu tidak berapa muncul di Malaysia, orang tidak bangga lagi bercakap dalam bahasa kebangsaan.

“Malah orang Melayu sendiri tidak pandai bercakap dalam bahasa Melayu dengan baik tidak seperti orang Indonesia,” katanya pada Forum Nusantara ke-9 yang bertajuk ‘Bahasa Jiwa Bangsa atau Bahasa Jiwa Kuasa, di Kompleks Belia dan Kebudayaan Selangor, malam tadi.

Mengulas lanjut, Muhammad menambah perkembangan media sosial pada hari ini sedikit sebanyak mengancam survival bahasa kebangsaan apabila masyarakat tidak lagi menggunakan bahasa kebangsaan dengan sempurna.

“Bahasa Twitter memberi kesan kepada bahasa kebangsaan baik dan standard yang boleh mengangkat bidang ilmu.

“Saya tidak menghalang gunakan bahasa SMS, tapi bangsa Malaysia mesti ada bahasa yang besar iaitu bahasa kebangsaan sebagai satu khazanah negara,” katanya lagi.

Sumber : Sinar

 

Loading...

Leave a Reply