Maut Akibat Pokok Tumbang, Bukan Dihempap Tapi Kerana Terperanjat

Maut Akibat Pokok Tumbang, Bukan Dihempap Tapi Kerana Terperanjat

 

Sebuah pokok tumbang di Jalan Development Kepong Metro Prima pada pukul 6.02 petang Sabtu menyebabkan seorang maut.
Namun menurut pihak bomba, mangsa meninggal dunia bukanlah disebabkan dihempap pokok tetapi mungkin kerana terkejut atau masalah kesihatan.
Mangsa yang ditemui maut di tempat kejadian merupakan seorang wanita berbangsa Cina berusia 42 tahun.
Maut Akibat Pokok Tumbang, Bukan Dihempap Tapi Kerana Terperanjat

Maut Akibat Pokok Tumbang, Bukan Dihempap Tapi Kerana Terperanjat

 

Pegawai Operasinya, Pegawai Bomba Kanan 2 Mohd Razi Mohd Zin memberitahu bahawa pihak Balai Bomba Dan Penyelamat Jinjang telah ke tempat kejadian sekitar jam 6.14 petang.
“Kejadian berlaku berkemungkinan disebabkan hujan lebat petang tadi namun tiada kerosakan harta benda dilaporkan” katanya lagi ketika dihubungi Astro AWANI.
Bagaimanapun, kejadian tersebut tidak menyebabkan kesesakan lalu lintas kerana pokok tersebut tumbang di bahu jalan. – Astro Awani
Sumber : Siakap Keli
Loading...

Leave a Reply