Pelajar Sekolah Agama Maut Ditumbuk Rakan Hanya Kerana Berebutkan Rubik Kiub

Pelajar Sekolah Agama Maut Ditumbuk Rakan Hanya Kerana Berebutkan Rubik Kiub

 

Seorang pelajar lelaki di sebuah sekolah menengah agama di Rawang maut dipercayai ditumbuk rakannya sendiri dalam kejadian pergaduhan di asrama sekolah berkenaan malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira 11.15 malam itu, mangsa berumur 15 tahun dipercayai bergaduh dengan seorang rakan sebayanya selepas selesai sesi mengulang kaji pelajaran di asrama sekolah itu.

Pelajar Sekolah Agama Maut Ditumbuk Rakan Hanya Kerana Berebutkan Rubik Kiub

Pelajar Sekolah Agama Maut Ditumbuk Rakan Hanya Kerana Berebutkan Rubik Kiub

 

 

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, ekoran kejadian itu seorang suspek telah ditahan awal pagi tadi dan siasatan awal mendapati punca pergaduhan akibat daripada perebutan bongkah padanan warna (kiub rubik).

“Siasatan kita mendapati pergaduhan berpunca daripada pertengkaran mengenai ‘kiub rubik’ seterusnya berlaku kejadian tumbuk-menumbuk. Dan ekoran itu mangsa didapati tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggalkan dunia,” katanya.

Difahamkan mayat di bawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Sementara itu, Kementerian Pendidikan akan menghantar pasukan khas bagi membantu siasatan berkenaan insiden itu. 

Timbalan Menteri Pendidikan II P Kamalanathan yang mengesahkan insiden itu berkata, beberapa pegawai dari Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) sudah diarahkan untuk bekerjasama dengan polis berhubung insiden itu. 

“Kementerian amat berdukacita dengan kejadian itu dan akan memastikan siasatan sepenuhnya dilakukan segera,” katanya pada sidang media selepas melancarkan majlis Pra Sambutan Hari Guru di sini, hari ini.

Sumber : Metro

 

 

Loading...

Leave a Reply