Gambar Didukung Lelaki Dikecam Peminat: “Mungkin Mereka Yang Tentukan Dosa Saya!” – Yana Samsudin

Gambar Didukung Lelaki Dikecam Peminat: “Mungkin Mereka Yang Tentukan Dosa Saya!” – Yana Samsudin

 

 

Mungkin mereka yang tentukan dosa saya!“ kata pelakon Yana Samsudin dalam nada kesal dengan perbalahan segelintir pengikut di akaun Instagram miliknya berikutan sekeping gambar menunjukkan dirinya didukung seorang lelaki, semalam.

Yana atau nama sebenarnya Norliana Samsudin, 30, dikecam teruk peminat mengenai soal dosa dan pahala kerana membenarkan lelaki bukan muhrim mendukungnya. 

Gambar Didukung Lelaki Dikecam Peminat: "Mungkin Mereka Yang Tentukan Dosa Saya!" - Yana Samsudin

Gambar Didukung Lelaki Dikecam Peminat: “Mungkin Mereka Yang Tentukan Dosa Saya!” – Yana Samsudin

Walhal, Yana berkata, peminat tidak tahu keadaan kakinya terseliuh ketika penggambaran sehingga tidak boleh berjalan. 

“Gambar itu diambil ketika saya dalam keadaan darurat sebab kaki terseliuh dan tak boleh berjalan langsung.

“Nak tak nak kenalah (lelaki) yang kuat tolong saya. Kalau nak harapkan saya berjalan lambatlah jadinya. Kami pula kejar masa untuk lengkapkan jadual penggambaran di sini,” katanya menerusi mesej aplikasi WhatsApp dari Sarajevo, Bosnia, semalam.

Sumber : Hmetro

Loading...

Latest Comments

Leave a Reply