Kerajaan Negeri Sembilan: Kami Sedia Jual Air Terawat Kepada KL Dan Selangor

Kerajaan Negeri Sembilan: Kami Sedia Jual Air Terawat Kepada KL Dan Selangor

 

Kerajaan Negeri Sembilan bersedia untuk menjual air terawat kepada Selangor dan Kuala Lumpur yang kini menghadapi masalah bekalan air.
   
Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kerajaan negeri tiada masalah menjual air ke negeri berkenaan jika sekiranya Kerajaan Persekutuan memerlukan bantuan daripada segi itu.

Kerajaan Negeri Sembilan: Kami Sedia Jual Air Terawat Kepada KL Dan Selangor

Kerajaan Negeri Sembilan: Kami Sedia Jual Air Terawat Kepada KL Dan Selangor

“Dalam waktu terdekat, kita boleh jual air maksimum sebanyak 20 juta gelen (91 juta liter) sehari daripada (menerusi) Loji Rawatan Air (LRA) baharu Ngoi- Ngoi di Pantai, Seremban. Kapasiti LRA Ngoi-Ngoi sekarang ialah 30 juta gelen (136.5 juta liter) sehari untuk bekalan Seremban.
   
Kita boleh jual 20 juta gelen manakala 10 juta gelen (45.5 juta liter)lagi kita perlukan untuk keperluan sendiri. LRA Ngoi-Ngoi mendapat bekalan air mentah daripada empangan Triang, Jelebu,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di sini, hari ini.
   
Bagaimanapun, katanya untuk rancangan jangka panjang, sebuah lagi LRA baharu perlu dibina untuk membekalkan air terawat ke negeri ini.
 
Mohamad berkata:”Ini disebabkan LRA Ngoi-Ngoi mempunyai kapasiti 30 juta gelen sehari dan sekarang kita gunakan LRA Ngoi-Ngoi untuk mengimbangi LRA Sungai Terip.”
   
Jika ada usaha untuk membeli air di negeri ini oleh Kerajaan Persekutuan untuk kegunaan di Selangor dan Lembah Klang maka satu lagi LRA baharu mesti dibina iaitu loji yang lebih besar kapasitinya iaitu sehingga 455 juta liter sehari, katanya.
   
Loji tambahan ini boleh dibina kerana kerajaan negeri telah memperuntukkan satu kawasan berhampiran LRA Ngoi-Ngoi bagi tujuan itu sebagai rancangan jangka panjang.
 – Bernama

Sumber : Sinar

Loading...

Leave a Reply