Rita Sebak Dengar Pengakuan Aidil Hanya Mampu Beri Anak RM2000 Sebulan: Dia Tak Sepatutnya Berkira Dengan Anak

Rita Sebak Dengar Pengakuan Aidil Hanya Mampu Beri Anak RM2000 Sebulan: Dia Tak Sepatutnya Berkira Dengan Anak

 

RM2,000 bukanlah satu angka yang terlalu besar dan terlalu kecil. Namun apabila mendengar hanya jumlah tersebut yang mampu disediakan oleh Aidil kepada 2 orang anaknya, Rita Rudaini mengakui rasa sebak dan tersentap naluri keibuannya.

Rita Sebak Dengar Pengakuan Aidil Hanya Mampu Beri Anak RM2000 Sebulan: Dia Tak Sepatutnya Berkira Dengan Anak

Rita Sebak Dengar Pengakuan Aidil Hanya Mampu Beri Anak RM2000 Sebulan: Dia Tak Sepatutnya Berkira Dengan Anak

Kata Rita menerusi Berita Harian:-

Saya sangat sebak sewaktu mendengar pengakuan Aidil. Bayangkan kos sara hidup sekarang bukannya murah, yuran sekolah saja sudah mahal. Belum lagi termasuk makan pakai dan sakit pening.

Saya tidak tahu hendak kata apa. Dia tidak sepatutnya berkira dengan anak. Janganlah disebabkan terlalu ingin menjaga hati banyak pihak, dia sanggup mengorbankan kebajikan anak, sedangkan dia sepatutnya mengutamakan anak terlebih dahulu.

 

Sememangnya anak adalah amanah yang paling tidak ternilai buat seorang ayah. Tugas seorang ayah pula tidak lain tidak bukan memberikan keselesaaan untuk anak-anak tercinta. Apa pun Abang Nara respek kepada Rita Rudaini kerana tidak menghalang anak-anak berjumpa dengan ayahnya. Kata Rita lagi:-

Biarpun kami tidak lagi ada ikatan, tetapi saya tidak pernah menghalang dia berjumpa anak. Saya tahu mereka bukan milik saya seorang, kerana Aidil juga ada hak ke atas Rayyan dan Arjuna.

Jadi saya tidak akan sesekali memutuskan kasih sayang seorang bapa dengan anaknya. Walaupun sudah berkahwin, selalulah jenguk anak. Kalau boleh saya mahu anak rapat dengannya supaya mereka kenal siapa bapa mereka.

 

Sumber : Beautifulnara

Loading...

Leave a Reply