The Journey Catat Rekod Pecah Panggung Dengan Kutipan Terkini RM17.16 Juta

The Journey Catat Rekod Pecah Panggung Dengan Kutipan Terkini RM17.16 Juta

 

SIAPA sangka, di saat industri mengalami kemerosotan kutipan, muncul filem tempatan berbahasa Cina, The Journey, yang berjaya mencatat rekod kutipan sebanyak RM17.16 juta sepanjang lebih 30 hari ditayangkan.

Filem terbitan Astro Shaw ini berjaya menduduki rating tertinggi, sekali gus merampas takhta milik filem KL Gangster, yang pernah meraih RM11.74 juta pada 2011.

The Journey Catat Rekod Pecah Panggung Dengan Kutipan Terkini RM17.16 Juta

The Journey Catat Rekod Pecah Panggung Dengan Kutipan Terkini RM17.16 Juta

Mula ditayangkan pada 30 Januari lalu, filem arahan, Chiu Keng Guan, ini membawa kisah Uncle Chuan, seorang bapa yang bersifat konservatif dan berat hati untuk mengahwinkan anak perempuannya tunggalnya, Bee yang ingin berkahwin dengan jejaka Inggeris, Benji selepas sedekad menuntut di United Kingdom.

Walaupun berat hati untuk melepaskan anaknya kepada Benji, namun kasih seorang bapa, Chuan bersetuju dengan bersyarat dengan mengadakan majlis mengikut tradisi.
Cerita ini meraikan nilai ketaatan terhadap ibu bapa, kasih sayang, perpaduan keluarga, kepelbagaian budaya, yang menepati cita rasa masyarakat tempatan merentasi budaya dan generasi.

Tanpa paparan aksi yang hebat dan ganas, filem kekeluargaan ini mencipta satu fenomena baharu sehingga berjaya menarik hati penonton untuk terus melabur di panggung.

Kini, bagi anda yang mungkin terlepas peluang menyaksikan kehebatan The Journey di pawagam, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan filem ini di Astro First (Saluran 480) bermula pada 20 Mac 2014.

The Journey bakal memulakan tayangan di Singapura pada 20 Mac  dan filem ini juga bakal dibawa ke Taiwan dalam tahun ini.

Dokumentari istimewa

Bukan itu sahaja, bagi mereka yang melanggan The Journey di Astro First, anda berpeluang melihat dokumentari proses pembikinannya, End Credits dengan sari kata bahasa Inggeris dan bahasa Melayu pada harga RM15.

Dokumentari proses pembikinannya, End Credits memaparkan memaparkan kisah pelakon amatur filem termasuk bintang, Frankie Lee.

Melainkan Ben Andrew Pfeiffer yang merupakan pelakon pentas di Australia, para pelakon lain termasuklah pesara berusia 74 tahun Frankie Lee dan pemenang Miss Astro Chinese International Pageant 2007 Joanne Yew, ialah pelakon amatur dan cerita mereka telah dimasukkan di dalam dokumentari ‘End Credits’.

Pengarah The Journey, Chiu Keng Guan berkata, mereka pada mulanya hanya mahu menjadikan rakaman tersebut sebagai sedutan di sebalik tabir.

Bagaimanapun kerana merasakan ia adalah sebuah rakaman yang berharga, apatah lagi dengan penglibatan pelakon yang tidak dikenali, maka dia bersetuju untuk menjadikan ia sebuah dokumentari.

Malah kata Chiu, dokumentari itu adalah dedikasi kesemua pelakon sebagai tunjang utama kepada kejayaan filem ini.

“Hampir kesemua mereka adalah pelakon amatur dan pelbagai pengalaman kami timba bersama-sama dalam proses menyiapkan filem ini. Kejayaan ini tidak akan berlaku tanpa mereka,” katanya.

Dokumentari End Credits yang berdurasi selama 90 minit ini memaparkan kisah semasa pembikinan dijalankan dan juga kehidupan pelakon amatur termasuk, Frankie Lee (seorang pengumpul barangan antik), Khong Tuck Khoon (jurugambar yang gemar menangkap gambar burung), William Khok (gemar menyanyi) dan Chong Nyuk Ling (pemilik gerai mi daging) yang juga beraksi di depan skrin buat pertama kali.

End Credits mencontohi semangat mereka dalam mengubah nasib hidup mereka dan dokumentari ini diarahkan oleh Bak Chee Hong, seorang pengarah yang mempunyai pengalaman 10 tahun dalam pembikinan filem dan program televisyen.

Sumber : Sinar

Loading...

Leave a Reply