CEO MAS Mengaku #mh370 Bawa Bahan Mudah Terbakar

CEO MAS Mengaku #mh370 Bawa Bahan Mudah Terbakar

 

Selepas mengeluarkan kenyataan Malaysia Airlines pesawat MH370 tidak mempunyai sebarang kargo bahaya dan hanya membawa beberapa tan manggis, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS, Ahmad Jauhari Yahya akhirnya mengaku pesawat itu turut membawa bateri lithium yang mudah terbakar, lapor Mail Online.

Versi online akhbar United Kingdom, Daily Mail itu berkata, pengakuan itu menimbulkan semula spekulasi kehilangannya dua minggu lalu berpunca daripada kebakaran.

CEO MAS Mengaku #mh370 Bawa Bahan Mudah Terbakar

CEO MAS Mengaku #mh370 Bawa Bahan Mudah Terbakar

Pada 17 Mac, Ahmad Jauhari pada sidang medianya berkata, pesawat MH370 itu membawa antara tiga ke empat tan manggis ke China, dengan menekankan bahawa tidak ada bahan mudah terbakar dalam pesawat itu.

Mail Online melaporkan, bateri litium pernah menyebabkan 140 kejadian di udara dalam tempoh 29 tahun lalu.

Dikelaskan sebagai ‘berbahaya’ oleh Organisasi Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO), bateri itu biasanya digunakan dalam telefon bimbit dan komputer riba.

Ahmad Jauhari berkata, pihak berkuasa menyiasat kargo berkenaan tetapi tidak menganggap bateri itu sebagai berbahaya kerana ia dibungkus mengikut peraturan keselamatan.

“Kita membawa bateri kecil litium, ia bukan bateri besar dan ia biasanya diluluskan mengikut ICAO di bawah barangan berbahaya,” lapor Mail Online yang memetik kenyataannya.

“Bateri itu sendiri tidak bahaya, tetapi mengikut syarat, ia diisytiharkan sebagai barangan berbahaya di bawah ICAO,” katanya.

Ahmad Jauhari berkata, bateri litium itu diperiksa beberapa kali untuk memastikan mereka mematuhi garis panduan.

“Syarikat penerbangan selalu melakukannya, bukan saja Malaysia Airlines. Barangan itu diterbangkan oleh banyak syarikat penerbangan sebagai kargo, yang mengikut peraturan ICAO,” katanya seperti dilaporkan Mail Online.

Pendedahan itu mengembalikan teori menyatakan Boeing 777 mungkin berdepan dengan masalah kebakaran, menyebabkan anak kapal dan penumpang tidak sedarkan diri selepas menghidu asap beracun, kata laporan Mail Online.

Menurut Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat, bateri litium yang dibawa dalam kargo atau bagasi menjadi penyebab kepada lebih 140 kejadian antara Mac 1991 dan 17 Februari tahun ini, seperti dilaporkan oleh Malaysiakini.

Dalam kes terpencil, pesawat musnah dalam kebakaran yang bermula daripada peralatan, walaupun ia adalah pesawat pesawat dalam kedua-dua kejadian, kata Mail Online.

Dalam satu kes, syarikat penerbangan UPS pesawat 6 terhempas dalam cubaan mendarat secara kecemasan pada September 2010 ketika perjalanan ke Dubai dari Cologne di Jerman.

Bekas Ketua Keselamatan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan AS, Billie Vincent, berkata pendedahan MH370 membawa bateri litium menegaskan semula kepercayaannya kebakaran bermula dalam kargo, memusnahkan sistem komunikasi pesawat dan kemudian memenuhi kabin dengan asap beracun, lapor Mail Online.

Vincent berkata, keadaan itu akan mencemaskan pesawat tetapi mungkin memberi juruterbang peluang untuk mengubah laluan pesawat itu untuk pendaratan kecemasan.

Bateri litium biasa digunakan kerana ia adalah bateri boleh cas semula yang paling bertenaga, kata Mail Online.

Laporan itu berkata, bateri boleh meletus menjadi api, dan walaupun ia bukan sesuatu yang biasa terjadi, tetapi apabila ia menyala ia boleh menyebabkan kebakaran.

Bateri litium itu sangat sensitif dengan suhu tinggi dan panas boleh mendegradasikan bateri lebih cepat daripada biasa.

Jika bateri itu rosak, ada kemungkinan ia meletus menjadi api. Ia boleh mendatangkan bahaya dan keselamatan kebakaran, tidak seperti bateri dicas semula lain, ia mengandungi elektrolit mudah terbakar dan disimpan secara bertekanan, lapor Mail Online.

Pesawat MH370 hilang daripada radar pada 8 Mac ketika dalam perjalanan ke Beijing dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan setakat ini, pasukan mencari dari 26 negara masih belum menemui sebarang petunjuk lokasi pesawat itu.

Susulan daripada petunjuk terbaharu, pesawat dan kapal dihantar ke lautan sekitar 2,500 kilometer ke pantai bandar Perth di Australia untuk cuba mengesan objek yang ditunjukkan imej satelit yang dikatakan penyiasat mungkin ada kaitan dengan pesawat MH370. 

Sumber : The Malaysian Insider

Loading...

Leave a Reply