1.7 Juta Lagi Pemohon BR1M Terima Keputusan Layak Atau Tidak Minggu Depan

1.7 Juta Lagi Pemohon BR1M Terima Keputusan Layak Atau Tidak Minggu Depan

 

Seramai 1.7 juta pemohon Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 3.0 yang nama mereka dalam senarai semakan akan mengetahui sama ada layak atau tidak menerima bantuan itu minggu depan.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, berkata pemohon berkenaan terdiri daripada 1.2 juta pemohon baru BR1M 3.0 manakala selebihnya pemohon BR1M 2.0.

1.7 Juta Lagi Pemohon BR1M Terima Keputusan Layak Atau Tidak Minggu Depan

1.7 Juta Lagi Pemohon BR1M Terima Keputusan Layak Atau Tidak Minggu Depan

Beliau berkata, proses semakan terhadap kelayakan permohonan berkenaan yang berakhir hari ini terpaksa dibuat sebelum ini berikutan pelbagai masalah membabitkan butiran dan pengesahan pemohon.

“Hari ini proses semakan tamat dan minggu depan sama ada layak atau tidak akan dimaklumkan melalui surat,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis sarapan pagi bersama penduduk di pekan Tambun di sini. hari ini.

Ahmad Husni berkata, mereka yang menerima surat menyatakan gagal boleh membuat rayuan.

Kerajaan sebelum ini sedia mempertimbangkan semula rayuan mana-mana individu yang gagal mendapat BR1M 3.0 dengan syarat mereka perlu membuat rayuan bertulis kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Sumber : Sinar

Leave a Reply