Disebalik Tragedi MH370, MAS Tetap Jadi Pilihan Penumpang

Disebalik Tragedi MH370, MAS Tetap Jadi Pilihan Penumpang

 

Perkhidmatan Malaysia Airlines (MAS) tetap menjadi pilihan rakyat tempatan dan pelancong meskipun ia kini menjadi perhatian seluruh dunia berikutan kehilangan pesawat MH370, Sabtu lepas.

Tinjauan Bernama mendapati kaunter daftar masuk syarikat penerbangan negara di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) masih dikerumuni orang ramai yang ingin menggunakan perkhidmatan MAS.

Disebalik Tragedi MH370, MAS Tetap Jadi Pilihan Penumpang

Disebalik Tragedi MH370, MAS Tetap Jadi Pilihan Penumpang

Seorang penumpang yang hanya ingin dikenali sebagai Anthony, 40, berkata beliau perkhidmatan MAS sekurang-kurangnya dua kali setahun bagi tujuan perniagaan dan masih memilih syarikat itu berdasarkan pengalaman sebelum ini.

“Berdasarkan pengalaman lepas, saya tidak pernah berasa keselamatan saya terancam apabila menggunakan perkhidmatan syarikat ini. Saya percaya apa yang berlaku kepada pesawat MH370 hanyalah satu kebetulan dan kita tidak boleh menyalahkan mereka (MAS),” katanya.

Anthony, yang akan berlepas ke Turki, juga berharap insiden kehilangan pesawat MH370 dapat diselesaikan secepat mungkin demi keluarga penumpang terbabit.

“Perkara itu amat menyedihkan dan saya harap kita akan mendengar berita gembira tidak lama lagi,” katanya kepada wartawan Bernama di balai pelepasan KLIA semalam.   

Seorang lagi penumpang yang hanya ingin dikenali sebagai Salwa, 35, berkata beliau menggunakan perkhidmatan MAS hampir 10 tahun dan ini merupakan kali kedua mengerjakan umrah menerusi penerbangan syarikat itu.    

Salwa yang memiliki perniagaan sendiri, berkata tiada siapa perlu dipersalah berhubung insiden kehilangan MH370 dan beliau akan tetap menggunakan perkhidmatan MAS tanpa perasaan takut namun berharap sistem keselamatan sedia ada diperkemas dari semasa ke semasa.

“Ini (insiden MH370) kita anggap sebagai peringatan atau pengajaran… walaupun masih terkejut dengan apa yang terjadi, saya yakin semuanya kuasa Yang Maha Esa, mana-mana syarikat penerbangan pun kita pilih, jika sudah tertulis untuk jadi, kita kena terima,” katanya.

Sebagai rakyat Malaysia, beliau meminta orang ramai tanpa mengira bangsa dan agama bersikap prihatin dan berdoa agar pesawat MH370 dijumpai secepat mungkin.

Bagi kakitangan Kementerian Pariwisata dan Ekonomi Kreatif Indonesia Ramli Simongkir, 60, beliau yakin dengan perkhidmatan MAS kerana sudah menggunakan perkhidmatan syarikat penerbangan itu sejak 2001.

“Naik penerbangan apapun, tapisan keselamatan yang perlu dilalui tetap sama. Maka MAS jadi pilihan kerana servisnya. Semuanya seperti normal, pihak keselamatan seperti biasa menjalankan tugas mereka. Pemeriksaan Imigresen juga seperti selalunya melakukan pemeriksaan bagasi yang kami bawa,” katanya.

Ramli tiba di Malaysia menaiki pesawat MAS dari Jakarta pada kira-kira 12.50 tengah hari sebagai delegasi Indonesia untuk menyertai Pameran Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta Fair) yang bermula 14 Mac ini.

Sementara itu, James Millen, 23, dari England berkata MAS memiliki reputasi sebagai syarikat penerbangan paling selamat di rantau ini dan ia tidak akan kehilangan kepercayaan pelanggan setianya.

Millen, yang baru tiba dari Bali, Indonesia bercadang bercuti di negara ini selama dua hari bersama-sama rakannya dari Sweden sebelum pulang ke England. – Bernama

Sumber : Sinar

Loading...

Leave a Reply