Sungai Nil Kini Tercemar Teruk, Tidak Lagi Capai Standard Kebersihan

Sungai Nil Kini Tercemar Teruk, Tidak Lagi Capai Standard Kebersihan

 

Penduduk Mesir yang bergantung kepada air dari Sungai Nil kini menghadapi masalah besar kerana kadar pencemaran di situ semakin tinggi.

Pada ketika tertentu, pengambilan air dari sungai berkenaan sepatutnya dihentikan bagi mengelak pengguna yang menerima bekalan di pelbagai bandar di Mesir menghadapi penyakit.

Sungai Nil Kini Tercemar Teruk, Tidak Lagi Capai Standard Kebersihan

Sungai Nil Kini Tercemar Teruk, Tidak Lagi Capai Standard Kebersihan

Menurut sumber, air Sungai Nil kini tidak lagi memenuhi standard kebersihan yang dibenarkan dan peningkatan pencemaran itu selalunya disebabkan oleh paras air yang menurun.

 

Katanya, sebelum ini sudah ada penduduk kampung yang mengadakan protes kerana kerajaan lambat bertindak mengatasi masalah berkenaan.

Malah, katanya, kerajaan pernah disaman atas tuduhan “mencemari air minuman.” “Kes keracunan pula sudah dikesan di banyak kawasan,” katanya dalam satu kenyataan. Sumber berkata, loji air Rosetta adalah antara cawangan mencatat pencemaran tertinggi dengan kepekatan melampau ammonia dan garam tidak terurai.

“Air itu mampu membunuh iran dan memberi kesan kepada loji bekalan air bagi wilayah Kafr el-Sheikh, Buhaira dan Damietta,” katanya.

Sementara itu, kerajaan Mesir memberikan tiga faktor sebagai punca pencemaran.

Jurucakap kerajaan berkata, faktor pertama ialah kemerosotan paras air di Sungai Nil terutama ketika musim sejuk, kehadiran ladang ternakan ikan di Rosetta dan sesetengah penduduk kampung melepaskan bahan buangan secara langsung dari kawasan pertanian. – Agensi

Sumber : Metro

 

 

 

Loading...

Leave a Reply