Khalid Ibrahim: Saya Takkan Letak Jawatan!

Khalid Ibrahim: Saya Takkan Letak Jawatan!

Saya tidak akan tandatangan.” Itu yang ditegaskan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) apabila ditanya sama ada beliau akan menandatangani surat peletakan jawatannya. 

Sambil menggelengkan kepada, Khalid lantas menyanggah dan menafikan dakwaan bahawa beliau pernah menerima atau menandatangani surat berhubung perkara berkenaan, dipercayai bertarikh 23 Mac sebelum ini. 

Khalid Ibrahim: Saya Takkan Letak Jawatan!

Khalid Ibrahim: Saya Takkan Letak Jawatan!

Penjelasan itu sekali gus mengesahkan kunjungan beliau ke istana menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, selain mengadakan pertemuan dengan EXCO dan kepemimpinan kerajaan negeri berhubung pendiriannya untuk mengekalkan jawatan berkenaan baru-baru ini. 

 

Pergiat program, insentif 

Berbaki 15 hari sebelum hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, Khalid dilihat cuba membuktikan kredibilitinya sebagai Menteri Besar kepada rakyat negeri itu dengan mempergiatkan pelbagai program dan insentif. 

“Ada orang akan bertanya, kenapa pilih Hulu Langat (sebagai perintis program Kemahiran Teknikal bagi Belia Luar Bandar dan Pemberian Insentif Bas Sekolah)? 

“Kita menyelam sambil minum air juga, maknanya kita akan tunjukkan kepada orang ramai bahawa kerajaan negeri ada program kebajikan rakyat,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan dua program itu sempena Program Khas Mesra Rakyat, di sini, semalam. 
Perebutan jawatan Menteri Besar Selangor tercetus apabila ADUN Kajang, Lee Chin Cheh melepaskan jawatannya secara mengejut bagi memberi laluan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di kawasan itu. 

Taktik sama dilakukan Anwar terhadap Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) ketika itu yang juga isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail apabila diarah mengosongkan kerusi Parlimen Permatang Pauh bagi membolehkan beliau bertanding pada 2008. Ia disusuli DUN Penanti pada 2009 bagi memberi laluan kepada Datuk Dr Mansor Othman.

Sumber : Bharian

Loading...

Leave a Reply