Apa Hak Kamu Untuk Pakai Fesyen Celoreng? : Orang Awam Dilarang Pakai Seluar Fesyen Celoreng ATM

Apa Hak Kamu Untuk Pakai Fesyen Celoreng? : Orang Awam Dilarang Pakai Seluar Fesyen Celoreng ATM

Artikel ni kami share daripada Page The Real Black Daggers, apa pandangan korang?

 

Disclaimer : Artikel ini tidak mewakili pendapat peribadi terbakor.com Ia adalah perkongsian sepenuhnya daripada link sumber yang disebutkan. Terima kasih. Bukan kami yang tulis ye. Kami hanya inginkan pendapat dari pembaca semua tentang isu ini. Dari segi pandangan kami, rasanya penjualan fesyen macam ni dah banyak sangat kat pasaran. Dan kami sebenarnya tak setuju pun dengan penulis artikel yang emo ni. 🙂

 

BERPESEN TAK KENA GAYA..

pasukan Tentera Darat Malaysia, sebagai tunjang utama kekuatan pertahanan negara kini sudah mencapai usia 81 tahun.kalau orang..dah nampak kedut dan bongkoknya..naumn kaya dengan pengalamannya. namun sebagai satu pasukan..usia 81 tahun makin mematang dan memantapkan TD sebagai satu pasukan yg mengalami evolusi penuh wibawa. dari satu nukleus pasukan kecil anak muda yg hanya bersenjatakan SLR, ia kini satu ketumbukan dengan kekuatan hampir 100,000 org dgn 18 kor dan pelbagai aset strategik.kehebatannya..meski ditidakkan oleh warga sendiri..teraku oleh pasukan2 asing yg jauh dilabel lebih hebat..nak pula pasukan gerakhas yg menimpa nama sebagai satu pasukan strategik penting yg mengharumkan nama negara di pelbagai pelosok dunia.namun kecemerlangan itu tidak datang dengan harga yg murah.utk menyarung uniform penuh kebanggaan itu bukanlah sesuatu yg mudah.uniform yg hanya dibuat dr kain berharga sekitar RM20 semeter..namun nilainya tak tergambar dengan kata2. tanyalah mana2 anggota sekalipun..walau sekadar di mulut mereka mengutuk..dalam hati mereka telah terdidik dengan rasa hormat terhadap uniform tersebut..terutamanya uniform loreng. rasa bangga..rasa meremang bulu roma..semuanya termaktub dek kehormatan yg datang bersama2 uniform tersebut.kenapa?kerana di uniform itu tersimpan kpd rahsia yg takkan difahami oleh orang awam. kod disiplin yg membentuk jati diri dan tunjang kekuatan sebenar..kod persaudaraan yg tidak terbentuk dari hubungan darah..sebaliknya hubungan akrab sesama pasukan..takkan mungkin dapat difahami oleh mereka yg tiada pendedahan.

Apa Hak Kamu Untuk Pakai Fesyen Celoreng? : Orang Awam Dilarang Pakai Seluar Fesyen Celoreng ATM

Apa Hak Kamu Untuk Pakai Fesyen Celoreng? : Orang Awam Dilarang Pakai Seluar Fesyen Celoreng ATM

sayangnya.dalam kita menyambut ulangtahun yg menyaksikan kemantapan pasukan ini menginjak ke dimensi baru..ada makhluk2 tidak bertanggungjawab dengan sengaja melacurkan warna ini dengan pelbagai alasan.antaranya adalah fesyen. pelbagai corak pakaian baru direkabentuk menggunakan warna kebanggan kita ini..menjadi pakaiaan2 yg langsung tidak mencerminkan semangat jati diri yg terkandung dalam warna tersebut. kita diajar memakai pakaian ini dengan cara yg sangat tertib..dan ketertiban itu membentuk disiplin diri kita.nak pakai uniform..mata MP dan RSM tajam memerhatikan setiap inci..samada ianya dipakai betul atau tak..dan yg pakai..adalah mereka yg telahpun sain mati atau dlm erti kata lain..sain demi perkhidmatan kpd negara.uniform itu dipakai bukan utk suka2..ia membawa bersamanya tanggungjawab yg amat besar. klu ikut konvensyen geneva..yg pakai loreng ni..dalam perang..ada hak utk ditembak tanpa soal atas andaian dia adalah anggota tentera.itu belum kira keperitan yg kita lalui demi pakaian itu..segala latihan..operasi..semuanya diikat pd warna loreng tersebut.

tapi..dapat kpd makhluk2 ni?warna kebanggan itu kini dah jadi legging ketat yg menampakkan lurah punggung..atau baju ketat yg menampakkan lurah dada..atau segala macam fesyen yg kadangkala tak masuk dek akal.kalau diperhatikan..macam nak tercabut jantung membayangkan..warna itu digunakan sbg sebahagian drpd uniform ciptaan baru.anggota kita pakai legging masuk operasi?atau pakai skirt dugong masuk pejabat?aduhh..

ianya satu trend yg dimulakan oleh golongan berpengaruh besar..terutamanya artis.tanpa pemahaman..mereka menggunakan uniform tersebut dengan cara yg cukup janggal..loreng dikenakan dengan kasut tumit tinggi misalnya.semuanya dihalalkan atas alasan mereka adalah artis yg berpengaruh besar.ia kemudian dikembangkan pula dengan pak2 pondan yg menggunakan uniform tentera dan pasukan keselamatan lain sebagai asas ciptaan fesyen mereka yg semakin lama semakin hilang akal bentuknya…dan digayakan dengan galaknya pula oleh makin ramai artis.ia berkembang dan sekarang..tanpa soal..ramai yg mengikut.mungkin pakaian ala tentera menjadi trend sekian lama..tetapi kenapa dalam nak mencipta fesyen2 tak tentu arah sebegini..warna pasukan negara yg dipilih? terbaru..warna loreng tiger woodlands camo 2000 dan digital loreng baru.anggota sendiri belum dapat edaran pakaian..uniform digital baru tersebut serta fabriknya boleh didapati dengan selamba di pasaran terbuka.yang menjual..jual tanpa 2 3 kali kira..yg design..suka2 hati taruk rekabentuk ikut suka.apakah begitu murahnya harga uniform kita?

dimana ketirisannya?apa yg sedang berlaku sebenarnya?salah seorg rakan admin memberitahu..dia telah terjumpa lubuk fabrik uniform di sebuah kedai..semua warna ada.dari pasukan TD hinggalah pasukan keselamatan lain..malah yg belum dipublish pun sudah ada stoknya?amboi..mudahnya?dan ia boleh dibeli dengan senang..dan bawalah pergi ke designer2 pondan yg tak tau tanggungjawab..nak fesyen apa cakap saja.perbuatan ini sudah semakin berleluasa.bila tidak dibendung..natijahnya mungkin kita tak terfikir. ada di kalangan yg membuat rekaan sebegini..tidak langsung rasa bersalah.malah bermacam alasan diberikan demi menghalalkan tindakan mereka yg terang2 menghina pasukan keselamatan negara.alasan utama?mereka golongan berpengauh..banyak duit..ada kedudukan.maka mereka bebas melakukan apa saja..walaupun meletakan maruah pasukan keselamatan di bawah tapak kaki mereka.sedihnya..tindakan sebegini disokong pula oleh sesetengah golongan.

adakah mereka ini merasa perit berjemur di tengah panas?atau meninggalkan keluarga brbulan2 demi betugas?atau merasakan peluru bersimpang siur di atas kepala?aci lawan potong kepala ayam..taruk mereka bawah panas 5 minit dah ada yg terjerit2 kata ianya adalah tindakan yg melanggar hak asasi.

kepada yg tak reti bahasa..admin nk share sikit supaya bukak mata..psl undang2..sila baca :

1. KANUN KESIKSAAN (N.M.B Bab 45)

Seksyen 140. Memakai Pakaian Askar, Kelasi atau Penerbangan. Barang siapa, yang bukannya seorang askar, kelasi atau penerbang dalam perkhidmatan tentera darat, laut atau udara Yang di-Pertuan Agong, memakai apa-apa pakaian atau membawa apa-apa tanda yang menyerupai apa-apa pakaian atau tanda yang digunakan oleh seseorang askar, kelasi atau penerbang itu dengan niat supaya boleh dipercayai bahawa ia adalah seorang askar, kelasi atau penerbang itu, hendaklah disiksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai tiga bulan, atau denda yang boleh sampai seribu ringgit, atau dengan kedua-duanya.

2. AKTA KESALAHAN KECIL 1955 (AKTA 336)

Seksyen 16. Memiliki Secara Haram Barang-Barang Kepunyaan Askar, Tentera Laut, Tentera Udara atau Polis. Sesiapa pun yang dengan sengaja mendapatkan, membeli, menukarkan atau menerima dari sesiapa pun yang berkhidmat dalam Angkatan Tentera Malaysia atau pasukan pertahanan tempatan atau angkatan tentera pelawat atau mana-mana anggota Polis Diraja Malaysia atau Polis Singapura sebarang kegunaan, pakaian atau lain-lain barang atau peralatan askar, tentera laut, tentera udara atau polis atau sebarang harta benda kepunyaan Kerajaan Malaysia atau Singapura atau Kerajaan Negeri atau

Kerajaan Angkatan tentera pelawat, atau sebarang bintang-bintang kurniaan untuk jasa baik atau untuk perkhidmatan terpuji atau lain-lain atau sesiapa memiliki atau menyimpan sebarang kegunaan tersebut, pakaian atau lain-lain barang, kegunaan atau kepunyaan lain atau bintang-bintang kurniaan seperti

di atas dan tidak dapat memberikan penjelasan yang memuaskan bagaimana dia mendapatkannya boleh dikenakan denda yang tidak melebihi lima puluh ringgit atau dipenjarakan tidak melebihi enam minggu atau kedua-duanya sekali.

Seksyen 25. Memakai Pakaian Seragam Yang Tidak Dibenarkan. Sesiapa jua pun yang memakai tanpa kebenaran yang sewajarnya pakaian seragam yang ditetapkan bagi kegunaan mana-mana angkatan bersenjata Malaysia atau manamana angkatan tentera tempatan atau angkatan tentera pelawat atau pasukan polis Malaysia atau Singapura atau mana-mana Kerajaan atau Pihak Berkuasa Tempatan atau apaapa pakaian yang merupai atau mengandungi apa-apa lencana pasukan atau lain-lain lencana yang jelas bagi pakaian seragam itu atau apaapa tiruan warna terhadapnya jika disabitkan boleh dikenakan denda tidak melebihi lima puluh ringgit, dan apa-apa pakaian seragam, pakaian, lencana atau tanda tersebut boleh dilucut hak.

Dengan syarat bahawa tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh menjejaskan pemakaian pakaian seragam tersebut bagi maksud apa-apa pertunjukan pentas.

3. AKTA RAHSIA RASMI 1972 (Akta 88)

Seksyen 9. (1) Menggunakan Uniform Tanpa Kuasa. Jika seseorang dapat masuk atau membantu seseorang lain supaya dapat masuk ke suatu tempat larangan melalui sesuatu yang lain daripada tempat masuk yang dibenarkan atau bagi maksud mendapat masuk, atau bagi membantu seseorang lain supaya dapat masuk, ke sesuatu tempat larangan, atau bagi apa-apa maksud lain yang mudarat kepada keselamatan atau kepentingan Malaysia:

(a) Menggunakan atau memakai, tanpa kuasa yang sah, apa-apa uniform tentera laut, tentera darat, tentera udara, polis atau apa-apa uniform rasmi yang lain atau apa-apa uniform yang hampir-hampir serupa dengannya hingga mungkin memperdayakan, atau dengan palsunya merupakan dirinya sebagai seorang yang berhak atau telah berhak menggunakan atau memakai manamana uniform itu;

maka dia adalah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum dengan denda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya.

adakah mereka akan baca?nope..mereka peduli apa?kita ni yg dibayar tak berapa sen yg kena jaga keselamatan mereka.mereka?tak perlu ada rasa hormat akan perjuangan kita.sebab itu merasakan mereka bebas bertindak ikut suka.

gambar di bawah adalag contoh ketara. di sebelah kiri adalah pasangan baru kawin yg sweet kononnya mcm taik.buat potongan entah apa benda..bergambar kononnya lepas naik jet peribadi demi menyambut perkahwinan mereka. (jet dgn pc7 pn x kenal). bla ditegur bab mereka berpakaian..tengoklah jawapannya.kemain bongkak bunyinya.maklumlah..orag berada.yg disebelah kanan pula.. tuan punya Butik The Garment. Pencipta pakaian ala tentera, menggunkan celoreng tentera dan digunakan retis retis dan di ikut oleh mereka yang lain yang tak nak belajar tentang Akta Kerahsiaan pakaian berkanun negara, kemudian berlagak macam dah angkat sumpah dan cap 10 jari sebagai anggota pasukan keselamatan atau agensi agensi berkaitan keselamatan, terang atau tersorok.
Wak Doyok atau dengan nama sebenar beliau. Muhammad Azwan Mohd Nor. Tidak pasti sama ada benar atau tidak, tetapi mengaku seorang kerabat dengan menggunakan nama –
Tengku Muhamad Azwan Shah, berkelulusan dalam bidang kejuruteraan dari salah satu universiti di Jerman. tengok asajalah cara gayanya..cuba kalau kita yg pakai gitu..mau kena sumpah dgn RSM. tapi mereka bebas..kenapa?tidak adakah tindakan yg patut diambil kpd mereka?

warna loreng kita adalah warna keramat yg telah menyaksikan tumpahnya darah anggota kita demi membina keamanan yg kita kecapi sekarang. lihat warna itu dan hayati sejarahnya.jangan samakan dgn pakcik pegi bendang yg pakai oreng tu.sekurangnya ia digunakan demi berbakti walau di ladang.manakan sama dgn memakainya dalam keadaan yg ditukar rupa dan sifat.

apakah tidak ada penghormatan pd warna ini sehingga ia dilacur demikian rupa?kalau nak berpesen pun..adakah tidak ada warna lain yg boleh dipilih? atau ini satu lagi usaha meretakkan imej dan maruah kita sbg anggota tentera?..=WRA=

Sumber asal : The Real Blackdaggers

Loading...

Latest Comments

  1. lekatlekitgurl March 5, 2014
    • comel March 6, 2014
    • maria March 9, 2014
  2. sembangmotor March 5, 2014
    • insan March 6, 2014
    • NCO Chef Ehwan January 17, 2017
  3. Aleesya Dania March 5, 2014
    • NCO Chef Ehwan January 17, 2017
  4. Baron March 6, 2014
    • NCO Chef Ehwan January 17, 2017
  5. aiman March 6, 2014
    • NCO Chef Ehwan January 17, 2017
  6. Aroma March 6, 2014
    • NCO Chef Ehwan January 17, 2017
  7. jefri March 6, 2014
  8. dsa March 6, 2014
  9. nurul March 6, 2014
    • Terbakor March 6, 2014
      • nurul March 6, 2014
        • Terbakor March 6, 2014
          • farid March 12, 2014
    • cik kopi March 6, 2014
    • Farah March 6, 2014
  10. haris March 6, 2014
  11. nor March 6, 2014
    • Vie March 7, 2014
  12. eda March 6, 2014
  13. @Norihanordin March 6, 2014
  14. JEJAKA March 6, 2014
  15. Annoyed March 6, 2014
  16. Johan March 6, 2014
    • Vie March 7, 2014
  17. Neel March 6, 2014
  18. Mat Tepet March 6, 2014
  19. Farah March 6, 2014
  20. kakikukematu March 6, 2014
  21. Askar March 6, 2014
  22. Ben March 6, 2014
    • Big boss March 6, 2014
      • Skeletor March 7, 2014
      • Boss la sangat March 7, 2014
  23. teringinnakjdramboo March 6, 2014
  24. anak 22 komando March 6, 2014
  25. Noor asiah harun March 6, 2014
  26. firdaus March 6, 2014
  27. isteri orang March 6, 2014
  28. umirah March 6, 2014
  29. skyaforce March 6, 2014
  30. masukanginkeluarasap March 6, 2014
  31. Darling March 6, 2014
  32. hafiz March 6, 2014
  33. Dr Azrin March 6, 2014
  34. ijat March 7, 2014
  35. farah March 7, 2014
  36. Rakyat Malaysia March 7, 2014
  37. Keykeydeedee March 7, 2014
  38. aku lelaki March 7, 2014
  39. Katak_hijau ATM March 7, 2014
  40. aku March 7, 2014
  41. anonymous March 7, 2014
  42. unknown March 7, 2014
  43. zack March 8, 2014
  44. anonymous March 8, 2014
  45. wak totol March 8, 2014
  46. Khaironaja May 9, 2017

Leave a Reply