Video Pekerja Bank Ketawakan Perompak Yang Bersenjatakan Pisau Pemotong Daging

Video Pekerja Bank Ketawakan Perompak Yang Bersenjatakan Pisau Pemotong Daging

 

BAYANGKAN anda seorang kakitangan bank yang sedang berhadapan dengan seorang perompak bersenjatakan pemotong daging.

Sebagai seorang manusia normal, pasti anda akan menunjukkan reaksi terkejut dan takut apabila berada dalam situasi itu.

Namun, ia berbeza di sebuah bank di Shanghai apabila kakitangan wanita itu tidak menunjukkan sebarang rasa takut, malah sempat menoleh ke arah rakannya yang berada di belakang dan ketawa.

 

Video Pekerja Bank Ketawakan Perompak Yang Bersenjatakan Pisau Pemotong Daging

Dia seolah-olah berkata,” Perompak ini ingat dia boleh merompak bank ini agaknya!”.

Sebelum itu, seorang pelanggan wanita segera beredar apabila melihat kehadiran perompak itu.

Hanya beberapa ketika, dua pengawal keselamatan menghampiri lelaki berkenaan dan menumbangkannya dengan begitu mudah sekali.

Ternyata kakitangan wanita tersebut sudah boleh menduga ‘kebodohan’ perompak itu yang datang berseorangan dan dalam keadaan tidak bersedia.

Lagi pun, dia dan perompak tersebut dipisahkan oleh cermin kaca, jadi apa yang perlu ditakutkannya. Tak gitu?

Sumber : Mynewshub

 

 

Loading...

Leave a Reply