Jambatan Kedua Pulau Pinang Dirasmi PM

Jambatan Kedua Pulau Pinang Dirasmi PM

 

Ikon terbaharu negara, Jambatan Kedua Pulau Pinang atau JK2PP, dirasmikan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini dengan disaksikan lebih 10,000 orang.

Perdana Menteri yang diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor tiba pada kira-kira 8.30 malam untuk merasmikan jambatan sepanjang 24km itu, yang merupakan jambatan terpanjang di Asia Tenggara.

Jambatan Kedua Pulau Pinang Dirasmi PM

Jambatan Kedua Pulau Pinang Dirasmi PM

Turut mengiringi Najib ialah Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Acara bersejarah penuh warna-warni itu turut disaksikan bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dan isteri Tun Jeane Abdullah, bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Duta Khas Malaysia ke India danAsia Selatan Datuk Seri S. Samy Vellu serta Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.

Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar, Pengerusi Gerakan Pulau Pinang Teng Chang Yeow, Ketua Pegawai Eksekutif Pihak berkuasa Pelaksanaan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCIA) Datuk Redza Rafiq dan barisan exco kerajaan negeri.

Ketibaan perdana menteri dan isteri disambut dengan nyanyian 1M4U dan orang ramai dilihat berpusu-pusu bersalam dan mengambil gambar beliau.

Sebaik Najib merasmikan jambatan kedua itu, langit pulau mutiara diserikan dengan pertunjukkan bunga api sebagai simbol perasmian jambatan baharu yang diiktiraf sebagai terpanjang di Asia Tenggara.

Perdana menteri dan isteri turut menaiki bas dua tingkat ‘open roof’ dari persimpangan Batu Maung hingga ‘middle span’ iaitu di gerbang jambatan itu.

Setelah dinanti-nantikan selama lima tahun, jambatan baharu itu akan dibuka pada pukul 12.01 tengah malam ini untuk orang ramai melihat sendiri keunikan struktur jambatan serta plaza tol yang dikatakan terbesar di negara ini dengan 28 kiosk bayaran.

Jambatan sepanjang 24 kilometer dengan 17 kilometer daripadanya merentasilaut dan tujuh kilometer di daratan, bakal merancakkan pertumbuhan ekonominegeri terutama di zon perindustrian tanah besar di Batu Kawan.

Selain mengurangkan kesesakan di Jambatan Pulau Pinang, jambatan yangdiilhamkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan direalisasikan TunAbdullah itu akan lebih merapatkan pembangunan sosial dan ekonomi antara BatuMaung di kawasan pulau dan Batu Kawan di tanah besar.

Projek mega yang menelan kos RM4.5 bilion itu dikendalikan kontraktor China Harbour Engineering Co Ltd (CHEC) dan Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) sebagai pemegang konsesi untuk 45 tahun.

Selain dibina dengan reka bentuk bersifat lestari alam sekitar, jambatankedua itu mempunyai kelebihan kerana menggunakan sistem galas getah redamantinggi (HDRB) yang mampu menahan kesan gegaran gempa bumi sehingga 8.2 padaskala richter pada jarak 300km daripada punca gempa bumi.

HDRB adalah produk daripada getah asli yang direka bentuk oleh Pusat Penyelidikan Tun Abdul Razak di United Kingdom iaitu makmal milik Lembaga Getah Negara dan dihasilkan sepenuhnya di dalam negara.

Pada 30 April tahun lepas, perdana menteri menjadi pemimpin pertama negara yang menggunakan laluan Jambatan Kedua Pulau Pinang dari bahagian pulau ke tanahbesar untuk menghadiri satu majlis di Kepala Batas, Seberang Perai.- BERNAMA

Sumber : Mstar

Loading...

Leave a Reply