Cadangan Bahasa Mandarin, Tamil Ke Sekolah Kebangsaan

Cadangan Bahasa Mandarin, Tamil Ke Sekolah Kebangsaan

 

Kementerian Pendidikan merancang untuk memperkenalkan pembelajaran bahasa Mandarin dan bahasa Tamil di sekolah kebangsaan, kata Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh pada Sabtu.

Beliau berkata kementerian sedang mengkaji perkara itu termasuk menentukan penyediaan guru mengikut transformasi Pelan Pembangunan Pendidikan, yang akan dilaksanakan mengikut fasa.

 

Cadangan Bahasa Mandarin, Tamil Ke Sekolah Kebangsaan

Menurutnya langkah itu bertujuan membolehkan masyarakat dapat menguasai bahasa kaum lain di negara ini.

“Sekarang ini, kita beri penekanan kepada bahasa Inggeris, beri penekanankepada Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dan beberapa perkara yang lain…(sebabitu) kita rancangkan pelaksanaan (bahasa Mandarin dan Tamil),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menutup Program Perdana ‘Lets Talk And Lets Go Global’ anjuran Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan dan Radio Televisyen Malaysia Terengganu di kampus universiti itu di sini.

Program komunikasi bahasa Inggeris itu, yang disertai 260 pelajar dari 13 sekolah di sekitar Kuala Terengganu, bermula pada 6 Julai dan berakhir 21 Disember tahun lepas.

Sementara itu, Idris menjelaskan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), yang kini dikaji semula, akan mengurangkan beban guru selain memastikan mereka diberi lebih masa untuk mengajar selaras dengan slogan ‘Mesra Guru, Berfokuskan Pengajaran’.- BERNAMA

Sumber : Mstar

 

 

Loading...

Leave a Reply