Chow Yun-Fat ingin derma semua harta untuk kebajikan

Chow Yun-Fat ingin derma semua harta untuk kebajikan

 

Bintang filem aksi terkenal Hong Kong, Chow Yun-fat berhasrat menderma seluruh hartanya bernilai HKD1 bilion (RM425.2 juta) untuk tujuan kebajikan apabila dia meninggal dunia.

Pengumuman itu dilihat akan meningkatkan nama baiknya yang sememangnya terkenal dengan sifat rendah diri dan pemurah. “Saya merasakan duit itu bukanlah milik saya. Saya hanya bertanggungjawab menjaganya sementara waktu! Kerana itu saya akan mendermakan semuanya kepada badan kebajikan yang lebih memerlukan,” kata Chow.

Chow Yun-Fat ingin derma semua harta untuk kebajikan

Chow Yun-Fat ingin derma semua harta untuk kebajikan

Pelakon itu menyatakan sejak kecil lagi dia diajar berjimat cermat oleh ibunya.

Kini apabila mencecah usia 58 tahun dan tiada anak untuk dijaga, Chow mahu mendermakan kesemua harta simpanannya sebagai tanda penghargaan kepada masyarakat atas apa yang dia kecapi selama ini.

Bintang yang terkenal di peringkat antarabangsa itu menyifatkan dirinya sama seperti orang biasa dan dia mendapat pujian ramai kerana sering menggunakan pengangkutan awam, tidak memakai pakaian mahal dan menggunakan telefon bimbit yang “ketinggalan zaman” walaupun dia kaya dan dikenali ramai.

Sumber : Metro

 

Loading...

Leave a Reply