Apek Birai Katil: “Saya selesa menongkat dagu di tepi katil sepanjang masa”

Apek Birai Katil: “Saya selesa menongkat dagu di tepi katil sepanjang masa”

 

Sikap aneh seorang penghuni Rumah Kebajikan Warga Emas Sang Riang (RKWESR), Triang, dekat sini, membuatkan pihak pengurusan bingung kerana dia sentiasa berada dalam posisi menongkat dagu di birai katil termasuk ketika tidur.

Poong Lam Lay, 65, dikatakan berada dalam posisi itu 24 jam sehari sejak lima tahun lalu biarpun pemeriksaan doktor dilakukan ke atasnya mendapati dia tiada masalah mental atau sebarang penyakit kronik. 

 

 Apek Birai Katil: “Saya selesa menongkat dagu di tepi katil sepanjang masa"
“Saya selesa menongkat dagu di tepi katil sepanjang masa.” Itu kata Poong kepada sesiapa saja yang bertanya kepadanya mengapa dia memilih untuk berada dalam posisi sedemikian.Poong yang tidak berkahwin, berasal dari Kuala Lipis juga berkata, dia memilih berbuat begitu kerana ia mampu menghilangkan tekanan dirasainya.

“Saya suka duduk seperti ini (menongkat dagu) dan tiada rasa sakit leher atau badan walaupun sudah lima tahun lalu. Saya tidak akan menggunakan bantal untuk tidur.

 

Sumber : Metro

 

 

Loading...

Leave a Reply