Balasan anak derhaka, dipenjara 2 tahun ugut bunuh ayah sendiri

Balasan anak derhaka, dipenjara 2 tahun ugut bunuh ayah sendiri

 

‘Aku bunuh suami mu di hadapan mata mu’.

Itulah kata-kata ugutan yang tergamak diluahkan oleh seorang anak kepada ibunya dalam satu kejadian di kediaman mereka di Kampung Teluk Ketapang, Seberang Takir, di sini.

Bukan sahaja berhasrat untuk membunuh bapanya sendiri, pemuda yang layak digelar anak derhaka itu juga turut mengamuk dengan memecahkan dinding dan pintu rumahnya.

Balasan anak derhaka, dipenjara 2 tahun ugut bunuh ayah sendiri

Balasan anak derhaka, dipenjara 2 tahun ugut bunuh ayah sendiri

Bagaimanapun, perbuatan biadab Muhammad Ammar Razak, 26, menerima pembalasan apabila dijatuhi hukuman penjara dua tahun oleh mahkamah majistret, semalam.

Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi membuat keputusan itu selepas dia mengaku bersalah atas dua pertuduhan iaitu di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah dan
426 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat.

Bagi pertuduhan pertama, Muhammad Ammar mengaku bersalah mengugut hendak membunuh ayahnya, Razak Abdul Manan, 49.

Rozianti menjatuhkan hukuman penjara selama dua tahun.

Manakala bagi pertuduhan kedua, Muhammad Ammar turut mengaku bersalah pada hari dan waktu sama, melakukan khianat merosakkan dinding dan pintu rumah milik ayahnya.

Susulan pengakuan bersalah itu, Muhammad Ammar dijatuhi hukuman penjara selama tiga bulan.

Rozianti mengarahkan kesemua hukuman berjalan serentak.

Berdasarkan fakta kes, ketika berada di rumahnya kira-kira jam 9 malam, mangsa diberitahu oleh isterinya, Che Zarina Che Mat bahawa anak mereka, Muhammad Ammar telah mengamuk semasa dia
tiada di rumah iaitu kira-kira jam 8.45 malam.

Mangsa membuat laporan di Balai Polis Gong Badak, di sini, dan Muhammad Ammar ditangkap ketika berada di tepi jalan Sultan Ismail, di sini.

Sumber : Sinar

Loading...

Leave a Reply