Wak Doyok Nafi Ada Perselisihan Dengan Johan Raja Lawak

Wak Doyok Nafi Ada Perselisihan Dengan Johan Raja Lawak

“Saya tidak ada masalah dengan dia malah hubungan kami okay saja,” jelas ikon fesyen, Wak Doyok sambil menafikan berlaku perselisihan faham antara dirinya dengan penyampai radio ERA, Johan atau nama sebenarnya Muhammad Yazid Lim. 

Baru-baru ini, Johan menerusi segmen JoHaRa Pagi ERA mempertikaikan siapa Wak Doyok untuk berjalan di atas karpet merah di Anugerah MeleTOP ERA minggu lalu serta menempelak kononnya jejaka berusia 34 tahun itu berpakaian tidak mengikut tema.

Wak Doyok Nafi Ada Perselisihan Dengan Johan Raja Lawak

“Saya tidak kisah dia nak cakap macam itu. Kami tidak mempunyai sebarang masalah dan mungkin dia hanya buat lawak sahaja,” ujar Wak Doyok atau nama sebenarnya Mohd Azwan bin Haji Md Nor ketika dihubungi GUA.

“Saya dijemput oleh ERA untuk menghadiri anugerah tersebut dan bukan datang dengan suka-suka tanpa diundang. Saya tak minta pun untuk berjalan atas karpet merah kerana saya hadir bagi menghormati jemputan pihak penganjur yang mahu saya meraikan serta memeriahkan lagi suasana malam tersebut.

Lagipun malam itu tak ada tema, jadi saya boleh pakai apa saja asalkan kena dengan konsep sesebuah anugerah yang elegan. Saya tak menghina anugerah itu melalui pemakaian saya malah saya hormat anugerah tersebut dengan memakai pakaian yang sesuai. Saya juga tak berpakaian menjolok mata kerana saya mahu memartabatkan suatu anugerah itu menerusi pakaian saya.

Apapun, saya tak kecil hati dengan dia, malah saya bukan jenis yang penyimpan (perasaan). Saya dah biasa dengan perkara sebegini kerana dari zaman dulu lagi saya dah ada ‘haters’. Saya tak ada masalah mengenai isu ini kerana ada juga orang menghina saya dengan bercakap fesyen dan gaya saya seperti K-Pop berjalan di karpet merah‘,” ujar pengacara ‘Ke Korea Ke Kita?’ ini mengakhiri perbualan.

Sumber : Gua

Loading...

Leave a Reply