BR1M Penawar Kencing Manis Saya: Suri Rumah Terharu Dapat BR1M

BR1M Penawar Kencing Manis Saya: Suri Rumah Terharu Dapat BR1M

 

Note : Ini berita lama yang disiarkan pada tahun 2012 yang lepas.

“Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) boleh dianggap penawar kepada penyakit kencing manis saya,” kata suri rumah, Norehan Azis, 51, dari Bandar Tasek Selatan.

Norehan berkata, wang yang diterima pada Mac lalu membolehkan dia membeli ubat serta membayar terapi otot yang memerlukan rawatan setiap hari.

 

BR1M Penawar Kencing Manis Saya: Suri Rumah Terharu Dapat BR1M

“Setiap tiga hari saya perlu mendapatkan ubat kencing manis daripada klinik yang berharga RM15 hingga RM20 bergantung kepada jenis ubat. Kalau diikutkan sebanyak RM200 sebulan perlu disimpan khas bagi bekalan itu.

“Walaupun penyakit kencing manis tidak berupaya baik sepenuhnya, tetapi dengan adanya BR1M ia menjadi penawar kepada sakit itu kerana meringankan perbelanjaan saya mendapatkan ubatan, sekali gus bekal tidak terputus,” katanya ketika ditemui.
Norehan mengucapkan terima kasih kepada kerajaan yang menyediakan bantuan itu kerana bukan saja menggembirakan penduduk, malah menjanjikan sesuatu sinar baru kerana dengan BR1M seseorang mampu mengubah kehidupan ke arah lebih baik.
Pengutip sampah yang mahu dikenali sebagai Maniam, 50-an pula bersyukur dan berasa lega kerana dapat terus tinggal di rumah sewanya selepas melunaskan hutang sewa kepada pemilik kediaman yang tertunggak sebelum ini dengan menggunakan BR1M.

 

Menurutnya, dia dan isterinya hanya menunggu waktu untuk keluar dari rumah disewa itu selepas gagal membuat bayaran bagi Disember 2011 dan Januari lalu akibat masalah kewangan.
“Bersyukur kerana dengan wang sumbangan BR1M itu, kami tidak jadi diusir keluar rumah ini apabila melangsaikan bayaran sewa tertunggak dua bulan tanpa sebarang masalah sebaik menerima bantuan berkenaan,” katanya.

 

Sumber : Metro

Loading...

Leave a Reply