Lana Nordin Tunai Umrah, Nafi Rampas Kekasih Adira

Lana Nordin Tunai Umrah, Nafi Rampas Kekasih Adira

 

Pelakon Lana Nordin mendedahkan sudah menemui kekasih baharu selepas putus cinta dengan aktor Johan As’ari dan sedang mengenali hati budi pemuda tersebut.

Lana atau nama sebenarnya, Mazlina Hasan Nordin, 35, bagaimanapun menafikan lelaki itu adalah kekasih kepada penyanyi Adira seperti mana khabar angin yang tersebar di blog-blog hiburan tempatan.

Lana Nordin Tunai Umrah, Nafi Rampas Kekasih Adira

Lana Nordin Tunai Umrah, Nafi Rampas Kekasih Adira

“Saya tidak kenal siapa kekasih Adira sehingga diberitahu mengenai gosip ini barulah saya cari gambarnya di internet dan saya tidak mengenalinya,” katanya kepada mStar Online.

Lana ditemui ketika hadir pada Anugerah MeleTop Era yang diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil, di sini, Sabtu lalu.

Pelakon itu turut mengakui selepas putus cinta dengan Johan beberapa lelaki ada mendekatinya sehinggalah hatinya terbuka untuk mengenali seorang daripada mereka dengan lebih rapat.

Bagaimanapun Lana enggan berkongsi lanjut mengenai hubungan tersebut kerana bimbang akan disalah tafsir oleh sesetengah pihak.

“Buat masa ini fokus utama saya adalah untuk mendekatkan diri pada agama dan menjadi insan lebih sempurna sebelum kembali serius bercinta,” katanya.

Dalam pada itu, Lana berkata dia bakal menunaikan umrah pada 28 Februari ini bersama rakan baiknya, pelakon Lisdawati.

Keputusan itu adalah untuk mendekatkan lagi diri kepada Allah selain mahu diberi ketenangan jiwa dan dipercepatkan jodoh.

“Saya sudah merancang lama untuk menaikan ibadah ini namun baru sekarang ia termakbul dan jalan untuk ke sana seperti dipermudahkan,” katanya.

Lana turut mengakui sudah beberapa kali menghadiri kelas-kelas agama sebagai persiapan ke Tanah Suci.

Dia juga berazam untuk menjadi insan lebih baik selepas pulang menunaikan ibadah itu.

“Alhamdulillah, saya ada menghadiri beberapa sesi usrah bersama Lisdawati bagi mendalami sedikit sebanyak ilmu agama sebagai persiapan ke sana.

“Saya berharap semua urusan dipermudahkan dan menjadi orang yang lebih baik selepas ini,” ujarnya.

Sumber : Mstar

Loading...

Leave a Reply