Tak sanggup tengok ‘drama’ memadu kasih di Taman Rimba

Tak sanggup tengok ‘drama’ memadu kasih di Taman Rimba

Tak tahu malu! Bermula dengan aksi ringan-ringan sehinggalah babak panas, beberapa pasangan kekasih dilihat tidak segan silu berpelukan di tempat awam.
Begitulah aksi yang dapat dilihat di Taman Jubli Perak yang juga dikenali sebagai Taman Rimba, dekat sini.

Pengunjung dikenali sebagai Musa, 58, berkata, dia sendiri malu apabila pernah menyaksikan sendiri beberapa anak muda melakukan aksi tidak senonoh ketika berjoging setiap petang.

Tak sanggup tengok 'drama' memadu kasih di Taman Rimba

Tak sanggup tengok ‘drama’ memadu kasih di Taman Rimba

“Sepatutnya, kawasan taman dijadikan lokasi beriadah seisi keluarga, namun pasangan kekasih ini dilihat tidak kisah menjadikan gazebo dan pohon sebagai lokasi cinta mereka.

“Sedihnya, ada mengambil kesempatan menggunakan kesunyian kawasan, manakala pokok besar sebagai perlindungan kepada aktiviti maksiat mereka,” katanya.

Rakannya Mohd Shukor Abd Thalib, 60, berkata, pengunjung terpaksa tutup mata sekiranya enggan melihat gelagat pasangan terbabit.

Menurutnya, waktu siang dan petang sekalipun sudah ada pasangan tidak segan silu buat aksi, apatah lagi malam.

“Rasanya, Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) sentiasa menjalankan pemantauan dan operasi, namun pasangan kekasih yang tidak mempedulikan tindakan tegas bakal dikenakan pada mereka,” katanya.

Sumber : Sinar

Loading...

Leave a Reply