Kadar Premium Insurans Kenderaan NAIK 15% pada 15 Februari 2014

Kadar Premium Insurans Kenderaan NAIK 15% pada 15 Februari 2014

Kenaikan Insurans Kenderaan (Kereta, Motor) naik 2014

Kenaikan Insurans Kenderaan (Kereta, Motor) naik 2014

 

Artikel ini dipetik dari website MyRoadtax.com

 

Tahun 2014 ini memang terkenal dengan tahun harga barang dan perkhidmatan naik. Kesan kenaikan harga ini adalah domino effect kenaikan harga minyak , tol dan tariff elektrik.

Untuk pengetahuan anda Bank Negara Malaysia(BNM) telah merangka satu Rangka Kerja Baru Perlindungan Motor (Rangka Kerja) dalam menangani isu struktur dalam sektor insurans motor pada tahun 2011. Ia adalah satu langkah untuk menaik taraf proses penyelesaian tuntutan dan pelaksanaan pelarasan premium secara beransur-ansur sehingga tahun 2016.

Sebagai sebahagian daripada Rangka Kerja ini, semakan secara beransur-ansur kadar premium insuran kenderaan telah dilaksanakan mulai dari 16 Januari 2012. Antara faktor-faktor kenaikan premium insuran kenderaan adalah tahap pemilikan kereta yang tinggi serta kadar kemalangan dan tuntutan di Malaysia yang telah meningkat dengan begitu ketara. Di samping itu, kos rawatan di hospital, perbelanjaan perubatan dan kos membaiki kenderaan serta alat ganti juga telah meningkat.

Oleh itu pelarasan atau semakan kadar premium insuran kenderaan akan dikaji semula secara berkala iaitu setiap tahun bagi memastikan kadar premium yang terus selaras dengan kadar tuntutan. Rangka Kerja ini akan membuka jalan untuk penghapusan tariff premium insurans kenderaan pada 2016, di mana kadar premium akan disesuaikan mengikut profil risiko kenderaan yang lebih adil kepada pemilik kenderaan. Mereka yang mempunyai pengalaman tuntutan (NCD) yang baik akan menikmati kadar premium yang lebih baik daripada mereka yang mempunyai profil risiko yang lebih tinggi.

Bagi memastikan orang ramai sedar akan manfaat daripada Rangka Kerja ini, terutamanya dari segi naik taraf proses penyelesaian tuntutan insuran kenderaan, Bank Negara Malaysia dan industri insurans akan terus memberi maklumat kepada orang ramai mengenai isu-isu insuran kenderaan melalui program kesedaran pengguna. Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Rangka Kerja ini bolehlah menghubungi Bank Negara Malaysia di talian hotline 1-300-88-5465 pada waktu pejabat.

Untuk makluman anda sekalian kami menerima surat rasmi ini daripada persatuan Malaysian Takaful Association bertajuk “New Motor Cover Framework – Gradual Premium Adjustment” memaklumkan akan kenaikan kadar premium insuran kenderaan pada 15 Februari 2014 akan datang, 11 hari sahaja lagi tu.

Pada masa artikel ini ditulis, semakan di laman web BNM, PIAM dan Persatuan Takaful Malaysia masih tidak dikemaskini dengan berita atau memo terbaru ini.

Notis Kenaikan Insurans Kenderaan

Notis Kenaikan Insurans Kenderaan

 

Malaysia Motor Insurance Pool (MMIP)

Apa itu MMIP? MMIP adalah sebuah entiti tujuan khas yang ditubuhkan dan dimiliki secara kolektif oleh semua syarikat insurans am yang beroperasi di Malaysia. Entiti ini akan memastikan kenderaan yang tidak berupaya mendapatkan perlindungan insurans motor di pasaran.

MMIP ditubuhkan pada tahun 1992. MMIP sebelum ini dikenali sebagai High Risk Motor Insurance Pool. Matlamat utamanya adalah untuk menyediakan perlindungan insurans motor untuk kenderaan yang boleh dianggap ‘berisiko tinggi’ dan tidak mendapat perlindungan insuran kenderaan oleh mana-mana syarikat insurans tunggal. Surat di atas memaklumkan bahawa kesemuasyarikat insuran  perlu berhenti daripada memberi  insuran MMIP  ini. Apa akan jadi dengan semua kenderaan lama yang berisiko tinggi di luar sana?

Bagi anda yang perlu memperbaharui insuran kenderaan dan cukai jalan boleh buat hari ini jika cukai jalan kereta anda akan mati dalam masa 2 bulan atau 60 hari. Jangan tunggu lepas 15 Februari 2014 nanti harga naik!

 

 

Ini pula artikel yang dipetik dari website Paultan.org

 

motor-car-insurance-rates-2013
2014-INSURANCE-NEW-TARIFF

Motor insurance rates have been revised upwards yearly since 2012, and the latest revision to the rates are set to come into effect February 15, 2014.

The second table from top lists the new rates, which are an increase of about the same range as the previous adjustment made on February 15, 2013, which is listed in the top-most table.

These yearly increases will continue until the planned detariffing of motor insurance premiums in 2016, when premium rates will be further differentiated in accordance to the individual risk profile of vehicles, owners, as well as potential pricing differences between insurers.

When the detariffing comes into effect, we might see the emergence of ‘full service’ insurers with higher rates but more perks such as complimentary tow truck service, as well as ‘budget no frills’ insurers.
2014-INSURANCE-MOTORCYCLE-EAST-MALAYSIA

2014-INSURANCE-CAR-EAST-MSIA

 

Loading...

Leave a Reply