Ramai pekerja Malaysia rancang berhenti kerja

Ramai pekerja Malaysia rancang berhenti kerja

 

Hampir tujuh daripada 10 (66 peratus) pekerja di Malaysia merancang berhenti daripada pekerjaan sekarang dalam tempoh 12 bulan akan datang untuk memajukan diri dalam kerjaya masing- masing.

Demikian didedahkan oleh satu tinjauan Game-Changer #3 Laporan Dunia Pekerjaan Randstad 2013/ 2014 yang dikeluarkan hari ini.

Ramai pekerja Malaysia rancang berhenti kerja

 

Laporan itu menyebut sikap pekerja Malaysia itu sama dengan pekerja di Singapura (70 peratus) berbanding pekerja di tempat lain seperti di Australia (57 peratus), China (61 peratus), New Zealand (63 peratus) dan India (64 peratus).

Pengarah Randstad Malaysia, Jasmin Kaur berkata, hasil tinjauan itu memberikan petunjuk kepada majikan untuk membaiki cara mereka menarik bakat, strategi melayan dan mengekalkan pekerja dan yang paling penting ialah menangani kadar pemberhentian kerja yang tinggi.

Beliau berkata, perangkaan itu menunjukkan bahawa memajukan kerjaya merupakan perkara penting kepada pekerja Malaysia, namun hanya seorang dalam empat pekerja (39 peratus) menerima latihan dan peluang memajukan diri dalam pekerjaan semasa.

“Hanya 35 peratus diberikan latihan kepimpinan untuk mendaki tangga berikutnya dalam kerjaya mereka.

“Berdasarkan kedudukan ini, pemilik perniagaan di Malaysia harus melabur dalam strategi pengurusan bakat yang menyediakan program pembelajaran dan latihan memajukan diri pekerja,” kata beliau.

Jasmin Kaur berkata, majikan boleh juga menaikkan pangkat pekerja berpotensi tinggi untuk memain peranan kepimpinan dan membantu mereka membentuk rancangan pembangunan kerjaya yang boleh memberi mereka semangat untuk terus bekerja dengan sesebuah syarikat. – BERNAMA

Sumber : Utusan

 

Loading...

Leave a Reply