Shahrol Shiro Nafi Gaduh Dengan Sepahtu

Shahrol Shiro Nafi Gaduh Dengan Sepahtu

Maharaja Lawak Mega 2013 semakin hampir ke kemuncaknya. Tekanan semakin meninggi di kalangan para peserta. mereka “stress” memikirkan lawak-lawak yang harus dipertontonkan kepada para pengikut rancangan ini setiap minggu. Terbaru, ada desas-desus menyatakan wujud perbalahan antara kumpulan Shiro dan kumpulan Sepahtu.

Shahrol Shiro Nafi Gaduh Dengan Sepahtu

Shahrol Shiro Nafi Gaduh Dengan Sepahtu

 

Dikatakan akibat tekanan hebat, kedua-dua kumpulan ini telah berbalah di belakang pentas. Diminta mengesahkan perkara ini, Shahrol Shiro menafikan berlaku pergaduhan. Kata Shahrol kepada Harian Metro:-

Saya akui ada tekanan tinggi dalam pertandingan ini. Mungkin kalau tertekan sangat persiapan masing-masing kami tak bertegur sapa dan berdiam diri walaupun berselisih. Tapi nak kata sampai kami bergaduh, bertumbuk atau meninggi suara itu memang tak berlaku

Kalau tengah tertekan atau “stress” memang diam dan membisu seribu bahasa. Nak cakap pun malas. Takut-takut termarah kat orang lain yang tak ada kena mengena. Malah Jepp Sepahtu juga turut mengesahkan yang perkara ini tidak benar. Kata Jepp:-

Hubungan kami memang rapat dan tak tahu pula kalau benda (gaduh) itu berlaku (ketika) saya tak ada di situ. Setahu saya benda itu tak betul. Kami bertegur baik macam biasa saja. Letihlah dengan tuduhan macam ini, tapi inilah cabaran dalam pertandingan

Sumber : Beautifulnara

 

 

Loading...

Leave a Reply