Sayur Kangkung Trending di facebook

Sayur Kangkung Trending di facebook

 

SUSULAN tersebarnya video penuh ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada majlis penyampaian bantuan kepada mangsa banjir di media sosial yang turut menyebut mengenai harga sayur kangkung, hari ini trending Facebook adalah berkaitan sayur tersebut.

Sinar Harian Online mendapati pengguna laman Facebook telah mengemaskini status dengan nama sayur kangkung beserta gambar sayur itu yang dijadikan pelbagai jenis hidangan.

Isu sayur kangkung itu juga turut mendapat perhatian Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar  yang turut berkongsi menu makan tengahari “pilihan”, pada hari ini.

“Apa menu makan tengahari anda hari ini?…saya makan kangkung masak kurma!,” tulisnya.

Semalam Najib dipetik sebagai berkata:

“…ada yang dah turun, kangkung yang dulunya naik sekarang sudah turun.

“Bila turun kenapa tak puji kerajaan, masa naik dipersalahkan kerajaan,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

Loading...

Leave a Reply