Prihatin beban kos sara hidup rakyat, Selangor beku kenaikan gaji Menteri

Prihatin beban kos sara hidup rakyat, Selangor beku kenaikan gaji Menteri

 

Atas dasar empati dan prihatin terhadap beban kos sara hidup yang menekan rakyat, kerajaan PR Selangor sepakat membekukan kenaikan gaji untuk menteri besar, exco, speaker dan timbalan speaker.

Exco Kesihatan, Pembangunan Usahawan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Dr Daroyah Alwi mengesahkan keputusan dengan memaklumkan bahawa Kerajaan Selangor prihatin dengan nasib rakyat yang ditekan bebanan ekonomi negara.
 
“Oleh yang demikian, kami semua sepakat untuk membekukan kenaikan gaji yang diluluskan Dewan Undangan Negeri November lalu daripada 87 peratus kepada 373 peratus.
 
“Tindakan kerajaan Persekutuan menaikkan harga barang dan pada masa sama tidak pula menaikkan gaji rakyat jelas menekan kewangan rakyat terutama yang berpendapatan rendah. Atas dasar empati kerajaan negeri bersetuju dan akur untuk pembekuan gaji ini,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.
Sumber : Sinar
Loading...

Leave a Reply