Robert Kuok kekal paling kaya di Malaysia

Robert Kuok kekal paling kaya di Malaysia

 

Tan Sri Robert Kuok kekal sebagai orang terkaya di Malaysia dengan nilai kekayaan sebanyak AS$16.7 bilion (RM54 bilion) bagi 2013, mengikut Indeks 300 Bilionair oleh Bloomberg.

Beliau berada di tempat ke-50 daripada senarai 300 bilionair dunia sehingga akhir tahun lalu.

Bagaimanapun, nilai kekayaan beliau merosot daripada AS$17.9 (RM58 bilion) serta kedudukan ke-41 yang direkodkan pada Januari 2013.

Kuok yang meninggalkan Malaysia sejak empat dekad lalu untuk menetap di Hong Kong, mempunyai kepentingan di dalam syarikat pengilang sawit, Wilmar dan rangkaian perhotelan Shangri-La Asia.

Rakyat Malaysia kedua terkaya ialah pemilik Maxis dan Astro, Tan Sri Ananda Krishnan dengan nilai kekayaan AS$8.8 bilion (RM28.6 bilion) untuk berada di kedudukan 140 dunia.

Sementara ketiga ialah Tan Sri Lim Kok Thay, iaitu anak kepada pengasas Kumpulan Genting, Tan Sri Lim Goh Tong dengan kekayaan AS$7.5 bilion (RM24.3 bilion) dan berada di tempat ke-173.

Rakyat Malaysia yang terakhir berada dalam kelompok itu ialah, Pengasas Public Bank Bhd., Tan Sri Teh Hong Piow dengan nilai kekayaan AS$6.9 bilion (RM22.4 bilion) untuk berada di kedudukan 193.

Dalam pada itu, Pengasas Microsoft, Bill Gates kembali menduduki carta orang terkaya di dunia dengan nilai kekayaan sebanyak AS$78.5 bilion (RM255 bilion).

Sebelum ini, kedudukan tersebut dipegang oleh pemilik syarikat telekomunikasi dari Mexico, Carlos Slim dengan nilai kekayaan AS$73.8 bilion (RM240 bilion).

Sumber : Utusan

Loading...

Leave a Reply