Michael Schumacher kritikal setelah terjatuh bermain ski

Michael Schumacher kritikal setelah terjatuh bermain ski

 

GRENOBLE: Bekas juara tujuh kali Formula Satu (F1), Michael Schumacher, menjalani pembedahan otak dan dilaporkan dalam keadaan kritikal selepas terjatuh ketika bermain ski di pergunungan Alps Perancis, awal pagi Isnin.

Schumacher, 44, yang mengumumkan bersara dari sukan F1, kini dilaporkan dalam koma dan terpaksa menjalani pembedahan neuro.

“Keadaannya kini kritikal,” demikian menurut Hospital Grenoble di selatan Perancis dalam satu kenyataan.

Schumacher dilaporkan bermain ski bersama anak lelakinya berusia 14 tahun di pusat peranginan Meribel Resort, di mana mereka mempunyai hartanah di sana sebelum terjatuh dan kepalanya terhantuk pada batu.

Beliau telah dikejarkan ke hospital menggunakan sebuah helikopter, tetapi jurucakap untuk resort ski tersebut berkata kecederaan Schumacher tidak begitu serius.

Bagaimanapun, Schumacher dipindahkan ke Grenoble kerana kecederaannya dilaporkan serius daripada yang disangka sebelum ini.

 

Sumber: Mstar

Loading...

Leave a Reply