Zizan Razak Gembira Emma Maembong Bertudung

 

Zizan Razak Gembira Emma Maembong Bertudung

 

Bukan Zizan Razak sahaja, tetapi semua peminat Emma Maembong gembira apabila pelakon wanita itu bertudung.

Walaupun Emma Maembong pernah berkata bahawa beliau masih belajar-belajar bertudung, namun di laman sosial Emma, beliau kelihatan telah bertudung sepenuhnya.

 

 

Sejak menyatakan bahawa beliau ingin bertudung, Emma tidak lagi memuat turun gambar tanpa menutup aurat.

Manakala Zizan Razak pula berkata, beliau gembira apabila mengetahui Emma Maembong kini bertudung. Malah, bapa saudara Emma juga menalifon Zizan samaada beliau yang meminta Emma Maembung untuk bertudung.

“Bapa saudara Emma ada hubungi saya untuk bertanya tentang perkara itu dan sama ada saya yang menyuruhnya bertudung, namun ketika itu saya pun tidak tahu tentang dia mahu bertudung.”

Zizan Razak, yang juga merupakan pengarah syarikat yang menaungi Emma Maembong berkata, beliau akan berusaha agar lakonan Emma Maembong pada filem/ drama seterusnya sebagai wanita bertudung. 

 

 

 

“Buat masa ini dia (Emma) sedang menjalani penggambaran drama yang memang memerlukannya bertudung iaitu Projek Memikat Suami (PMS) dan Yes Boss!” kata Zizan Razak lagi.

Sumber : Laporan Terkini

 

Loading...

Leave a Reply