Skuad Hoki Remaja Tumpas Dengan Perancis Di Separuh Akhir

Skuad Hoki Remaja Tumpas Dengan Perancis Di Separuh Akhir

 

Skuad remaja hoki Malaysia tumpas 3-1 kepada Perancis dalam penentuan penalti dalam format baru setelah perlawanan 70 minit berkesudahan 1-1. Skuad negara terlebih dahulu menjaringkan gol melalui Azri Hassan seawal minit ke-4 setelah menampan hantaran cantik dari pada Faiz Helmi. Selepas sahaja menjaringkan gol, pemain menunjukkan aksi permainan yang longlai ketika menyerang dan hanya bertahan dengan serangan bertali arus dari skuad hoki remaja Perancis sepanjang 66 minit perlawanan.

Hanya beberapa pemain sahaja yang menunjukkan kesungguhan untuk mencipta kemenangan terutama kapten pasukan iaitu Fitri Shaari, Faiz helmi dan juga penjaga gol negara iaitu Hafizuddin. Pemain Malaysia banyak melepaskan bola dan mudah membiarkan lawan bermain-main di kawasan D. Malaysia tidak dapat membuat serangan yang biasa dilakukan seperti perlawanan-perlawanan sebelumnya.

Serangan pemain Malaysia mudah dipatahkan oleh pemain Perancis dan ia menyebabkan Malaysia menerima serangan bertali arus dan membuatkan skuad berada dalam tekanan yang cukup tinggi. Serangan bertali arus dari Perancis membuahkan hasil apabila mereka berjaya menjaringkan gol ketika di minit-minit terakhir permainan.

Persembahan Malaysia cukup mengecewakan termasuk ketika mengambil penalti. Di harap Dharma Raj dapat mengambil iktibar dalam perlawanan ini dan merangka strategi yang lebih baik untuk penentuan tempat ke 3 dan 4 nanti.

Loading...

Leave a Reply