Tragedi Pembunuhan Tiga Beradik: “Saya ada tiga anak saja, kini ketiga-tiga mereka pergi meninggalkan saya serentak” – Terbakor

 

Tragedi Pembunuhan Tiga Beradik: “Saya ada tiga anak saja, kini ketiga-tiga mereka pergi meninggalkan saya serentak” 

 

“Saya ada tiga anak saja, kini ketiga-tiga mereka sudah pergi meninggalkan saya serentak. Ini dugaan paling hebat yang perlu saya tempuhi.”

Itu rintihan Rusdi Rani, 38, bapa kepada tiga beradik yang ditemui maut dalam keadaan menyayat hati di dua lokasi berasingan dekat sini, semalam dan kelmarin selepas dilaporkan hilang sejak keluar rumah dengan menaiki motosikal petang Jumaat lalu.

Tragedi Pembunuhan Tiga Beradik: “Saya ada tiga anak saja, kini ketiga-tiga mereka pergi meninggalkan saya serentak" - Terbakor

Tragedi Pembunuhan Tiga Beradik: “Saya ada tiga anak saja, kini ketiga-tiga mereka pergi meninggalkan saya serentak" - Terbakor

Mayat anak sulung Rusdi, Norsyafika Nadia, 14, dijumpai tertiarap dalam keadaan separuh bogel pada jam 3.45 petang, kelmarin di kawasan sawah padi berhampiran Alor Senibong, di sini oleh orang awam.

Ketika Rusdi berdoa dan berharap dua lagi anaknya yang ketika itu gagal dikesan berada dalam keadaan selamat, dia menerima berita duka apabila polis petang semalam memaklumkan penemuan dua beradik itu.

Mayat Nur Izzati Husna, 12, dan Puteri Nurul Akma, 3, ditemui di tali air Padang Petani, Langgar, di sini, kira-kira jam 4 petang, semalam, juga oleh orang awam dalam jarak hampir 100 meter antara satu sama lain dan lengkap berpakaian.

 

Metro

Loading...

Leave a Reply