Era Berakhir: Kontrak K Rajagobal Tamat 31 Disember, Takkan Disambung – Terbakor

 

Era Berakhir: Kontrak K Rajagobal Tamat 31 Disember, Takkan Disambung 

 

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) membuat keputusan tidak akan melanjutkan kontrak ketua jurulatih kebangsaan Datuk K Rajagobal yang bakal tamat 31 Disember ini.

Naib Presiden FAM, Datuk Seri Subahan Kamal mengumumkan, keputusan itu selepas ahli Exco FAM sebulat suara bersetuju untuk tidak melanjutkan kontrak Rajagobal yang mula membimbing Harimau Malaya pada 2009. 

Era Berakhir: Kontrak K Rajagobal Tamat 31 Disember, Takkan Disambung - Terbakor

“FAM ingin merakamkan penghargaan kepada Rajagobal di atas sumbangannya terhadap negara selama ini. 

“Beliau sudah menyumbang kejayaan kepada negara namun kita memikirkan untuk mencari pengganti yang boleh membawa kita ke tahap lebih baik,” kata Subahan.

Sementara mendapatkan pengganti, FAM bersetuju melantik jurulatih Harimau Muda Datuk Ong Kim Swee sebagai pengendali sementara Harimau Malaya.

Metro

Loading...

Leave a Reply