JPJ perlu pertimbang sebelum tentukan had jangka hayat kenderaan – Terbakor

JPJ perlu pertimbang sebelum tentukan had jangka hayat kenderaan 

 

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) perlu membuat pertimbangan teliti sebelum menetapkan had jangka hayat kenderaan di negara ini, kata Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi.
   
Beliau bagaimanapun berkata keputusan itu mungkin perlu dibuat dengan segera demi kepentingan rakyat.

Bercakap pada sidang media selepas melancarkan sambutan Hari Maritim Sedunia peringkat kebangsaan 2013 di sini hari ini, beliau berkata cadangan Ketua Pengarah Institut Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) Prof Dr Wong Shaw Voon baru-baru ini pada asasnya merupakan suatu penemuan baharu.
   
Pada Jumaat, Dr Wong memberitahu media di Melaka bahawa kereta berusia lebih 12 tahun tidak selamat untuk berada di jalan raya.
   
Mengenai isu berasingan, Abdul Aziz berkata cadangan penubuhan Seksyen Profil Pemandu Kenderaan Komersial di JPJ sedang dilaksanakan.

“Jabatan Pengangkutan Jalan sedang melaksanakannya di seluruh negara. Melalui penyediaan profil ini, kami akan dapat mengenal pasti dan bertindak terhadap pemandu yang mempunyai saman tertunggak atau mempunyai laporan polis untuk memastikan mereka tidak lagi memandu di jalan raya.
   
“Kami mahu melindungi orang ramai. Kami tak mahu pemandu bermasalah ini mengancam keselamatan penumpang mereka atau pengguna jalan raya lain,” katanya.

Sinar

Loading...

Leave a Reply