Tawaran Perumahan PRIMA Malaysia 2014: Bayaran Bulanan RM400-RM500 Sebulan Untuk Rumah RM200,000? – Terbakor

Tawaran Perumahan PRIMA Malaysia 2014: Bayaran Bulanan RM400-RM500 Sebulan Untuk Rumah RM200,000? 

 

KUALA LUMPUR – Pembeli Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) mungkin hanya akan membayar antara RM400 dan RM500 sebulan untuk sebuah rumah berharga RM200,000.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, kadar tersebut jauh lebih rendah berbanding pinjaman bank komersial yang biasanya sekitar RM1,800 sebulan bagi membiayai pinjaman sebesar itu.

“Kalau gaji RM3,000 mana mampu nak bayar RM1,800. Ini berita gembira bila dia masuk pinjaman bersama dengan PRIMA nanti.

“Skim pinjaman ini akan diumum oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak lama lagi,” katanya kepada pemberita di Parlimen hari ini.

Menurut Shahidan, projek perumahan PRIMA Malaysia bukan sahaja membina rumah untuk rakyat tetapi juga menolong menyediakan pinjaman.

Shahidan yang enggan menjelaskan perkara itu secara terperinci berkata, skim tersebut sebahagian daripada pakej untuk membantu pemohon yang berjaya mendapat rumah PRIMA Malaysia namun gagal memperoleh pembiayaan bank.

Shahidan juga meminta pemilik tanah yang mahu membangunkan tanah mereka agar menghubungi pemaju perumahan PRIMA Malaysia.

 

Sumber

 

 

Loading...

Latest Comments

  1. lekatlekitgurl November 14, 2013

Leave a Reply