Pakatan Rakyat tiada kaitan dengan laman web ‘suarapakatanrakyat.com’ – Terbakor

 

Pakatan Rakyat tiada kaitan dengan laman web ‘suarapakatanrakyat.com’ 

 

Pakatan Rakyat telah dimaklumkan tentang kewujudan beberapa artikel yang dimuatnaik dalam laman blog http://suarapakatanrakyat.com/ yang cuba dikaitkan dengan Pakatan Rakyat.

Pakatan Rakyat tiada kaitan dengan laman web ‘suarapakatanrakyat.com’ - Terbakor

Pakatan Rakyat di sini menjelaskan bahawa Pakatan Rakyat tiada kaitan apa pun dengan pengendali blog tersebut, dan kenyataan-kenyataan yang terdapat dalam laman tersebut tidak melambangkan dasar atau kedudukan politik parti-parti komponen Pakatan Rakyat.

Pakatan Rakyat turut mengesyorkan agar pengendali laman web tersebut memikirkan semula rencana bertajuk ‘Tarian Sumazau Untuk Golongan Rendah Akhlak’ yang menyentuh soal tarian sumazau di Sabah, agar lebih sensitif terhadap pandangan, fahaman, dan cara hidup warga Sabah terutamanya yang berketurunan Kadazandusun.

Dato’ Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS Pusat

YB Tony Pua
Pengarah Publisiti Kebangsaan DAP

YB Nik Nazmi Nik Ahmad
Pengarah Komunikasi KEADILAN

12 September 2011

 

Sumber

Loading...

Leave a Reply